1.0
LATAR BELAKANG ISU
Pengangkutan
bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia juga
berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang
berlainan serta membolehkan pergerakan manusia.Sektor pengangkutan kini
merupakan satu prasarana yang penting dalam meningkatkan ekonomi dan
perkembangan Malaysia di peringkat global. Walaupun dengan status sebuah negara
yang maju dan setiap keluarga di Malaysia ini mempunyai kenderaan sendiri
tetapi penggunaan kenderaan awam terutamanya di bandar-bandar besar dan pesat
seperti di Kuala Lumpur,Selangor,Pulau Pinang dan Johor Bahru masih lagi
kebanyakkan orang awam yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam ke
tempat kerja. Berikutan itu juga, setiap tahun terdapat pelbagai reaksi dan
aduan ketidakpuasan hati mereka terhadap pihak yang bertanggungjawab keatas
pengurusan perkhidmatan pengangkutan awam ini.
Sistem
pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka
daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan.
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas
awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya.
Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh
diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan
tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan
masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal
mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama
akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan
bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang
mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu,
masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi
jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti
perkhidmatan.
Selain itu,
pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja
mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu.
Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan
raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan
awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif
kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang
masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan
sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama
turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja
pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra
pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam. Menurut
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, selain
faktor pemandu dan kenderaan, faktor jalan raya juga merupakan salah satu punca
berlakunya kemalangan maut.(Sinar Harian, 26 Ogos 2010)
2.0
DEFINISI ISU
Seperti yang dinyatakan maksud pengangkutan dalam latar
belakang isu diatas, pengakutan ini juga boleh dikataka sebagai satu aktiviti
asas manusia. Sistem pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh system jaringan
jalan dan pengangkutan dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam
sesebuah kawasan. Bidang pengangkutan memainkan peranan penting dalam
menyelaras segala program pembangunan sesebuah negara. Sektor pengangkutan
bukan sahaja merupakan penawaran perkhidmatan yang produktif dan berpotensi,
tetapi juga menawarkan kemudahan mod pengangkutan yang pelbagai jenis dan
bentuk bersesuaian dengan kehendak kemajuan ekonomi negara dan keselesaan
rakyat.
Perkembangan
aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah kompleks melalui pelbagai
fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung meningkatkan keperluan dan
juga permintaan terhadap pelbagai jenis kenderaan, dan secara tidak langsung
juga menambah lagi bilangan kenderaan di atas jalanraya setiap tahun.
3.0
PERSOALAN
MASALAH DAN ISU.
v Apakah punca
yang menyebabkan berlakunya masalah pengangkutan yang terdapat di Malaysia.
v
Apakah yang perlu dipertambahbaikan dalam sistem
pengurusan pengangkutan di Malaysia.
v
Apakah kesan terhadap alam sekitar negara jika masalah
pengangkutan ini berterusan.
v
Apakah fungsi utama pengangkutan.
v
Apakah jenis-jenis pengangkutan.
4.0 OBJEKTIF
ISU YANG DIPERBINCANGKAN
v Melihat sejauh
mana masalah pengangkutan yang terjadi di Malaysia terutamanya bagi kawasan
yang padat penduduk.
v
Cadangan dalam penambahbaikan system pengangkutan di
Malaysia.
v
Melihat masalah yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan
awam di Malaysia.
v
Melihat cara pengurusan pengangkutan awam di Malaysia
5.0
FUNGSI PENGANGKUTAN
Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum mencapai pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu kawasan makin membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin meningkat. Selain fungsi ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi sosial untuk menghubungkan sesama manusia sama ada ahli keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem pengangkutan yang lebih baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat di mana majikan boleh menawarkan gaji yang lumayan tetapi pada masa yang sama memilih untuk tinggal di kawasan pilihan mereka. Pengangkutan juga membolehkan manusia menggunakan masa santainya dengan cara terbaik.
Di bandar, sebahagian besar
penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi permintaan bergerak daripada
pengguna, dari satu tempat kepada satu tempat yang lain. Antaranya untuk
menghubungkan pengguna ke tempat bekerja, pusat perkhidmatan, sekolah dan
institut pengajian, tempat membeli belah dan sebagainya. Penyediaan mod
pengangkutan yang pelbagai, adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat
memilih mod pengangkutan yang lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan
ekonomik. Pengangkutan juga dilihat sebagai pemangkin yang mampu melonjakkan
pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat untuk
meningkatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan
pembangunan masyarakat seluruhnya.
Pengangkutan berfungsi sebagai
faktor integrasi dan koordinasi dalam masyarakat yang kompleks terutamanya
dalam masyarakat perusahaan. Pengangkutan berkait rapat dengan pergerakan
barangan. Tanpa sistem pengangkutan, sesuatu masyarakat itu tidak dapat berkembang
maju dan menerima perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan sebagainya.
Pengangkutan juga mempunyai fungsi yang berkaitan dengan pertambahan penduduk,
perkembangan bandar dan guna tanah. Pengangkutan boleh mengubah bentuk
perkembangan bandar. Pada masa dahulu, pertambahan penduduk hanya tertumpu pada
kawasan yang mempunyai sosioekonomi tertentu tetapi dengan perkembangan
pengangkutan, perkembangan bandar mengikut perkembangan pengangkutan.
5.1 Jenis-jenis Pengangkutan
Pengangkutan boleh dibahagikan
kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan dengan mod atau ragam pengangkutan ia boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan darat, pengangkutan laut,
pengangkutan udara, pengangkutan rel dan pengangkutan paip.
5.1.1 Pengangkutan Darat
Pengangkutan darat biasanya
dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya sebagai laluan.
Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta dan juga motosikal,
pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan juga kereta sewa,
serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler.
Setiap jenis kenderaan
mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai contoh, kenderaan
persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa, perkhidmatan dari
pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau bagaimanapun, kenderaan persendirian
hanya mampu menampung 4 hingga 5 orang penumpang untuk kereta ataupun, 6-8
orang untuk kenderaan serba guna (MPV). Sementara pengangkutan awam memberi
faedah dari segi kemurahan tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga
kemudahan mendapatkan perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan
darat mengikut jenis.
5.1.2 Pengangkutan Rel
Pada mulanya, kereta api
ditarik oleh kuda sehinggalah awal abad ke-19 di mana enjin wap digunakan.
Kereta api di Malaysia pada permulaannya digunakan bagi mengangkat bijih timah.
Perkhidmatan ini bermula pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld. Pada
1920-an, kereta api mula menggunakan diesel sehinggalah sekarang kereta api
menggunakan tenaga elektrik. Pada 1970-an kebanyakan negara telah menggantikan
kereta api wap untuk kegunaan harian. Kereta api terdiri daripada beberapa
kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau
penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu.
Landasan kereta api biasanya terdiri daripada rel konvensional.
5.1.3 Pengangkutan Udara
Pengangkutan udara mempunyai
kelebihan perkhidmatan dari segi kelajuan dan keselesaan kepada penumpang.
Pengangkutan jenis ini biasanya digunakan untuk perjalanan jarak jauh.
Pengangkutan ini juga boleh dibahagikan kepada perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang
dan juga barangan. Antara syarikat perkhidmatan udara di Malaysia adalah Malaysia
Airline System (MAS) dan juga Air Asia.
5.1.4 Pengangkutan Maritim
Sektor perkapalan dan
pengangkutan melalui jalan laut juga telah bertambah pesat. Hai ini terbukti
dengan penggunaan pelabuhan dan kemudahan maritim bertaraf dunia di Malaysia.
Terdapat beberapa pelabuhan yang terkenal untuk kapal perdagangan seperti
pelabuhan Tanjung Pelepas. Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya
digunakan untuk menghubungkan kawasan tanah besar ke pulau-pulau di sekeliling.
5.1.5 Pengangkutan Paip
Sejarah
merekodkan seawal 900 sebelum Masihi dimana negara China telah menggunakan
buluh untuk membina talian paip untuk menyalurkan gas asli.talian paip ketika
itu diperbuat daripada kayu berongga untuk meyalurkan gas aslibagi tujuan
cahaya. Peningkatan dalam permintaan produk telah membawa kepada lebih banyak
sumber galian atau telaga minyak untuk keperluan yang lebih besar.
6.0
ISU DAN MASALAH
PENGANGKUTAN DI MALAYSIA.
Pelbagai isu
utama yang timbul dan menjadi kekangan dalam mencapai kualiti hidup yang baik
terutamanya di bandar-bandar besar dan pesat di Malaysia ini. Pertambahan
penduduk bukan sahaja memerlukan pertambahan peluang pekerjaan, permintaan
terhadap perumahan dan kemudahan sosial tetapi juga ia akan menambahkan
bilangan kenderaan diatas jalanraya. Perubahan demografi ini akan meningkatkan
lagi permintaan terhadap pengangkutan bagi memudahkan pergerakan, dengan ini
akan menyebabkan berlakunya percemaran udara.
Masalah ini bukan sahaja melibatkan
mod pengangkutan yang terdapat diatas jalanraya tetapi juga turut melibatkan
struktur dan keadaan jalanraya yang
merbahaya seperti jalanraya yang tidak rata, pecah dan berlopak, kurangnya
kemudahan lampu isyarat dan seterusnya kesesakan lalu lintas yang boleh memberi
kesan kepada fizikal dan psikologi manusia. Keadaan seperti ini menyebabkan
masyarakat yang tinggal di bandar merasa tidak selesa, terkejar-kejar, letih kerana
setiap hari mereka akan menghadapi dan terpaksa menempuh kerumitan ini untuk ke
tempat kerja dan juga pelbagai urusan penting lain kerana tidak mempunyai
pilihan lain.
Selain itu juga, kemudahan
pengangkutan awam yang terdapat di bandar – bandar besar tidak memberi
perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna. Misalnya jadual perjalanan yang
tidak konsisten, bilangan penumpang yang terlalu ramai yang menimbulkan
kesesakan, kekerapan perjalanan yang kadang kala terlalu lama, kemudahan
penyaman udara yang tidak diselenggara dan pelbagai lagi isu lain yang di
utarakan. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan pengguna terpaksa juga
menggunakan perkhimatan awam ini kera tidak mahu terlibab dan kesesakan lalu
lintas yang lama dan meletihkan.
7.0 MASALAH
PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi
pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang
lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya
bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang
berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti
pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan
sebagainya.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat
terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak
mahal. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap
mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang mereka
daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap. Kadaan ini
menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan
tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan
awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut
utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat
negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan
dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan
waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual
perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang
dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan
sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan
mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut
dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya
yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat
kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang
sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut
dirasai.
Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang
mengatakan bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh.
Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang
kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit
kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau “fider bus” di kawasan
itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan
menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara
stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen
monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa
beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini
dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang
bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin
rumit untuk diselesaikan.
Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada
akhbar mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di
stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang
teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja
menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang
ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter
dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan
kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau
di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah
kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang pula, ada
sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah
ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna
pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam
di negara kita tidak menjadi “indah khabar dari rupa”.
Masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu
diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus
didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk
menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara
kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal
dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus
bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa
negara.
8.0 KESESAKAN
LALU LINTAS DAN PENYELESAIAN.
Isu kesesakan
lalu lintas di kawasan bandar merupakan satu fenomena dan isu yang global dan
keadaan ini telah menyebabkan berlakunya gangguan dan implikasi terhadap
persekitaran manusia dan persekitaran fizikal serta psikologi pengguna lalu
lintas itu sendiri. Masalah kesesakan lalu lintas sering dianggap sebagai virus
kepada perkembangan bandar. Walaupun diketahui umum bahawa kesesakan lalu
lintas ini memberikan implikasi terhadap pengguna lalu lintas itu sendiri, namun
mereka kelihatan lali dalam menghadapi situasi kesesakan lalu lintas saban hari
bagi meneruskan kehidupan dan rutin harian mereka kerana kebanyakan daripada
penduduk bekerja di kawasan bandar. Kesesakan akan berlaku secara teruk dan
kompleks dan menjadi meruncing pada waktu puncak iaitu pada pukul 7.00 hingga
9.00 pagi dan pada pukul 4.30 hingga 7.00 malam pada waktu bekerja dan pada
musim-musim tertentu terutama semasa cuti perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri. Pada masa tersebut, penduduk di kawasan bandar akan pulang ke
kampung dan dapat dilihat jalan raya pada waktu tersebut sangat sibuk. Dengan
adanya pengalaman dan pemerhatian diri sendiri, dapat membuktikan dengan
sendiri mengenai fenomena tersebut dengan melihat pada waktu yang sama dalam
cuti umum seperti pada hari ahad dan waktu cuti persekolahan. Pada waktu cuti,
iaitu pada jam yang sama semasa waktu puncak pada hari bekerja, dapat dilihat
keadaan di jalan raya adalah lengang, kurang kenderaan dan tidak sesak seperti
hari bekerja iaitu pada hari isnin hingga jumaat ataupun hingga sabtu.
Kesesakan lalu lintas merupakan satu fenomena yang normal
jika dikaitkan dengan pengangkutan terutamanya di kawasan bandar. Kesesakan
merupakan antara permasalahan yang melibatkan jalan raya. Kebiasaannya, kesesakan
terjadi di jaringan pengangkutan daratan yang melibatkan jalan raya.
Perkataan kesesakan merupakan perkataan terbitan dan
berasal daripada perkataan sesak. Sesak mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Keempat (2007) bermaksud tidak lapang iaitu tidak lega, tidak longgar
atau sempit, terlalu penuh sehingga tidak ada ruang lagi, tumpat yang merujuk
kepada penumpang di dalam kenderaan, tersumbat ataupun tersekat perjalanan
nafas, sendat, senak ataupun susah. Lalu bermaksud berjalan ataupun melintas,
boleh masuk, telus atau lulus atau yang sudah lepas. Lintas pula bermaksud lalu
dengan cepat dan bahagian dari jalan kereta api iaitu dari satu tempat ke
tempat yang lain. Kesesakan lalu lintas boleh dirumuskan sebagai keadaan yang
sesak, sempit dan tersekat dalam perjalanan di tempat yang selalu boleh jalan
dengan cepat dan pantas.
Laporan Managing Urban Traffic Congestion (2007)
menyatakan bahawa kesesakan lalu lintas merujuk kepada fenomena fizikal yang
berkaitan dengan perilaku atau keadaan kenderaan yang menghalang pergerakan
antara satu sama lain dengan tujuan untuk mendapatkan ruang yang terhad di
jalan raya yang mencapai kapasiti yang maksimum. Kesesakan juga merujuk kepada
fenomena relative berhubung dengan jangkaan prestasi perkhidmatan system jalan
raya vis-a-sis (berjaringan).
Kesesakan juga ialah ketidakupayaan untuk bergerak
(immobility). Kesesakan merupakan fenomena dimana barisan panjang kenderaan
yang bergerak secara perlahan-lahan atau berhenti di lebuhraya Bandar,
lebuhraya pinggir Bandar ataupun jalan-jalan di Bandar. Kesesakan boleh berlaku
setiap hari pada waktu yang sama pada lokasi yang tertentu yakni disebut
sebagai kesesakan berulang-ulang atau semasa berlaku kemalangan jalan raya atau
terdapatnya sebarang penyelenggaraan iaitu kesesakan tidak berulang.
Kebiasaannya, kesesakan berlaku apabila system jalan raya tidak dapat menampung
isipadu trafik pada kelajuan yang memadai, terdapatnya konflik di antara
pelbagai jenis trafik seperti kereta, trak, bas atau pejalan kaki dan kawalan trafik
yang tidak digunakan dengan cekap. Penumpuan jalan, penurunan kapasiti secara
tiba-tiba, pergerakan yang tersekat atau peningkatan geseran turut mendorong
kepada peningkatan kesesakan lalu lintas (Rahim F.(Ray), 1997).
Selain itu, menurut Daniel Mohamed (1993), kesesakan
berlaku disebabkan oleh barisan kenderaan menjadi panjang di sepanjang
perjalanan dan kenderaan tidak dapat bergerak dengan lancer disebabkan halangan
tertentu. Antara bentuk-bentuk halangan yang wujud ialah persimpangan dan lampu
isyarat yang mempengaruhi kelengahan, kemalangan jalan raya, banjir kilat dan
juga penyelenggaraan jalan raya.
Menurut Bruton (1982), kesesakan lalu lintas boleh
menimbulkan ketidakselesaan dan masalah emosi (marah, runsing dan tekanan
fikiran) yang boleh mengganggu penumpuan pemandu di jalan raya dan seterusnya
menyebabkan kejadian kemalangan. Kepadatan pergerakan kenderaan boleh juga
menyebabkan berkumpulnya bahan pencemaran daripada ekzos kenderaan dalam ruang
bandaraya. Kepadatan pergerakan kenderaan berlaku apabila orang ramai mempunyai
destinasi yang sama. Masalah kebolehsampaian kenderaan ialah kerana pertambahan
pergerakan kenderaan yang tidak lancer dan kelemahan infrastruktur jalan raya.
Selain itu, kurangnya laluan trafik yang sistematik yang menimbulkan konflik
antara pejalan kaki dengan kenderaan bermotor dan antara kenderaan dengan
kenderaan sendiri.
Pada masa kini, masalah kesesakan jalan raya sudah
menjadi masalah yang sering menghantui pengguna jalan raya di Malaysia.
Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan namun usaha tersebut
ibarat mencurahkan air ke daun keladi kerana formula untuk menyelesaikannya
masih menemui jalan buntu. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal
ini? Wajarkah masyarakat menuding jari kepada pihak kerajaan
semata-mata? Seharusnya semua pihak perlu menyedari bahawa kesesakan
jalan raya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang mungkin dianggap remeh
oleh sesetengah pihak selama ini.
Salah satu punca kesesakan
jalan raya ialah keadaan jalan raya itu sendiri. Kebanyakan jalan
raya di negara ini sempit terutamanya jalan-jalan persekutuan dan jalan
negeri. Keadaan ini menyebabkan jalan raya tidak dapat menampung
kenderaan yang banyak pada satu-satu masa terutamanya pada musim perayaan. Selain
itu, aktiviti peyelenggaraan jalan raya turut menyumbang kepada kesesakan jalan
raya. Kerja-kerja membaik pulih jalan raya yang rosak menyebabkan laluan
kenderaan menjadi sempit sehingga kenderaan yang melalui kawasan tersebut
terpaksa bergerak dengan perlahan-lahan. Sekiranya kerja-kerja
penyelenggaraan tersebut tidak dipantau oleh pihak berkuasa dengan sebaiknya
akan menyebabkan para pekerja akan bekerja seperti melepaskan batok di
tangga. Keadaan ini mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan memakan
masa yang agak panjang hingga akhirnya masalah kesesakan jalan raya tidak dapat
diselesaikan dengan segera.
Di samping itu,
pertumbuhan industri automobil yang pesat turut menyumbang kepada kesesakan
jalan raya. Di Malaysia, pertumbuhan industri ini seperti cendawan tumbuh
selepas hujan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara lain dalam bidang pengeluaran kenderaan. Tambahan pula,
harga kereta buatan Malaysia yang ditawarkan amat berpatutan dan berkualiti tinggi
menjadikan rakyat Malaysia alah membeli, menang memakai. Antara
kereta buatan Malaysia yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran
ialah Perodua Kancil, Myvi, Viva, dan Proton Wira. Pertumbuhan
industri automobil yang pesat dengan harga yang berpatutan menyebabkan
rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk membeli kenderaan buata
Malaysia. Hal ini mengakibatkan bilangan kenderaan semakin bertambah
di jalan raya sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kelembapan perkhidmatan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga merupakan faktor yang membawa
kepada kesesakan jalan raya. Kebanyakan pengusaha pengangkutan awam
tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna. Contohnya,
bas tidak mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan orang ramai terlewat
sampai ke destinasi yang ditujui. Lebih mendukacitakan lagi, terdapat
juga segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak mengikut peraturan jalan raya
seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju
yang ditetapkan dan memotong di garisan berkembar. Sikap seumpama ini
akan mengundang padah kepada pelanggannya bak kata pepatah, "Lain yang
makan nangka, lain pula yang terkena getahnya". Selain itu, pengguna
juga terpaksa berhimpit-himpit apabila menggunakan pengangkutan awam serta
tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Hal ini menyebabkan pengguna
berasa bimbang akan keselamatan mereka dan berasa tidak selesa semasa
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan itu, pengguna akan
berasa lebih selamat dan selesa apabila mengggunakan kenderaan sendiri sehingga
menyumbang kepada kesesakan jalan raya.
Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya. Jika satu pihak sahaja yang
bertindak tidak akan mendatangkan hasil kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing perlulah
diamalkan oleh semua pihak agar perkara yang sukar akan menjadi mudah.
Langkah-langkah Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas
·
Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak
dituju sama. Dapat jimat tenaga dan wang – perbelanjaan dikongsi bersama
·
Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu
lintas seperti mengikut papan tanda isyarat jalan raya, mematuhi had laju yang
telah ditetapkan dan mematuhi lampu isyarat.
·
Setiap pengguna jalan raya perlu berhemah tinggi dan
mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersabar dan bertolak ansur.
·
Menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan
LRT. Perkhidmatan awam di Malaysia sudah berkembang - efisyen. Darjah
ketersampaian tinggi - tidak sukar untuk ke tempat yang ingin dituju.
·
Menggunakan jalan atau laluan alternatif seperti lebuh
raya.
·
Rancang perjalanan. Bertolak lebih awal untuk mengelakkan
kesesakan pada waktu puncak.
·
Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya atau Jabatan
Kerja Raya memastikan jalan-jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak
berturap dibaiki segera – jalan-jalan yang sempit dilebarkan agar dapat menampung
lebih banyak kenderaan - melicinkan perjalanan trafik.
Berdasarkan
laporan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, hanya 20 peratus penduduk Kuala
Lumpur menggunakan pengangkutan awam.
Situasi ini secara tidak langsung menyumbang kepada penambahan jumlah kereta
di jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selain pencemaran.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan
berkata, pelbagai langkah diambil kerajaan bagi mengurangkan tahap kesesakan
lalu lintas, terutama di Kuala Lumpur, antaranya menggalakkan orang ramai
menggunakan pengangkutan awam. "Kerajaan sudah mengambil inisiatif
memperbaiki dan memperkasa sistem pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di
kawasan bandar. Diharap usaha ini akan memberi lebih kebaikan kepada pengguna,"
katanya kepada Metro Ahad.
Berikut beberapa langkah yang diambil: * Menyelaras kapasiti sistem yang
sudah mencapai hadnya. Di bawah sistem ini beberapa inisiatif diambil, misalnya
meningkatkan kapasiti komuter dan sistem transit aliran ringan (LRT) sebanyak
1.7 hingga empat kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu), penambahan 22
set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya, di samping ruang
khas bagi penumpang berkerusi roda dilengkapi tali pinggang keselamatan, serta
lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya (OKU) serta tingkap
kecemasan, pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan
(TPBBTS) selain laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang yang akan
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat * Merangsang permintaan bagi
menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam. Antara diperkenalkan adalah
konsep '1 tiket 1 perjalanan', menambah 6,800 tempat letak kereta baru di 14
stesen rel utama di luar kawasan pinggir bandar menjelang 2012, meningkatkan
perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta
terminal yang mempunyai bilangan trafik tinggi, selain menyediakan sistem IT
bersepadu secara menyeluruh di samping pelaksanaan penguatkuasaan merentasi
semua agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD), JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) * Menghalang kenderaan
berat memasuki kawasan perniagaan pusat. Bagi melaksanakan misi ini tiga
terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama luar bandar diwujudkan, bermula di
ITT Bandar Tasik Selatan. Manakala di kawasan bandar akan diwujudkan dua jenis
pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian
Putra dan Pudu bagi memudahkan aliran lalu lintas dari kawasan pinggir bandar
ke pusat bandar * Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan. Apabila
penggunaan pengangkutan awam melebihi 25 peratus dan sistem perkhidmatan
pengangkutan awam ditambah baik, masa perjalanan akan ditepati, keselesaan
dipertingkat dan inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam
iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.
"Kita sedar bukan mudah mahu melaksanakannya dalam sekelip mata.
Banyak aspek perlu diperbaiki dalam memperkasa pengangkutan awam di Malaysia,
khususnya di kawasan bandar. Penekanan khusus sudah dan akan diambil di bawah
pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar.
Kini, dianggarkan 240,000 atau 10 hingga 12 peratus individu daripada jumlah
populasi penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam," kata Solah.
Beliau berkata, kerajaan menjangka seramai 600,000 atau 25 peratus penduduk
sekitar Lembah Klang akan menggunakan perkhidmatan awam itu menjelang
penghujung 2012.
"Bagi merealisasikan usaha ini, kerajaan akan meningkatkan tahap
pengangkutan awam, meningkatkan tahap keselesaan pengguna, menambah jumlah
perjalanan, meningkatkan kapasiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan
kenderaan berat di kawasan pusat perniagaan (CBD).
"Di samping itu, langkah seperti penambahbaikan dan pembinaan lebuh
raya serta jalan bertingkat di kawasan mempunyai aliran trafik tinggi dan
langkah lain turut dibuat dari semasa ke semasa," katanya.Solah berkata,
masalah kesesakan lalu lintas adalah senario biasa dihadapi seluruh dunia.
Berbanding negara Asia lain, katanya, situasi di Malaysia masih dalam
keadaan terkawal dan tidak membimbangkan disebabkan kesesakan hanya berlaku
pada waktu puncak iaitu 7 hingga 9 pagi.
Kesesakan itu antara lain berpunca daripada jumlah kenderaan yang tidak
terkawal di ibu kota.
Menurutnya, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 9,441, 907 motosikal serta
9,114, 920 kenderaan persendirian di seluruh negara berdaftar dengan JPJ.
"Bagi kenderaan perkhidmatan awam pula, sebanyak 69,149 bas, 84,661
teksi dan 18,300 kereta sewa pandu sendiri didaftarkan. Bilangan kenderaan
barangan pula sebanyak 966,177 dan kenderaan lain 493, 451.
"Jumlah keseluruhan hingga tarikh sama adalah 20,188,565 kenderaan
yang berdaftar dengan JPJ seluruh negara, manakala laporan dari Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) pula menyatakan kira-kira tiga juta kenderaan keluar masuk
setiap hari di Kuala Lumpur," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika situasi ini berlarutan, ia akan
memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan rakyat sama ada daripada
segi ekonomi sosial mahupun pembangunan negara.
"Ia akan memberi kesan, misalnya peningkatan penggunaan minyak
kenderaan, selain produktiviti individu di tempat kerja mungkin terjejas kesan
kelesuan menempuh kesesakan sewaktu pergi dan balik kerja setiap hari.
"Daripada segi sosial pula, individu hanya mempunyai masa terhad di
rumah dan beriadah disebabkan banyak masa dihabiskan di jalan raya. Atas sebab
ini, inisiatif seperti NKRA Pengangkutan Bandar diberi perhatian, malah langkah
jangka panjang dibuat bagi mengatasi masalah ini dan ia sebagai tanda
keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang pada masa sama memastikan modul insan
negara ini dapat digunakan sepenuhnya untuk pembangunan negara," katanya. (SUMBER: HARIAN METRO, 22 MEI 2011)
9.0 SISTEM
PENGANGKUTAN SEBAGAI FAKTOR PEMBANGUNAN SESEBUAH KAWASAN
Pembangunan merupakan satu
proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk memperbaiki kehidupan
masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting dalam pembangunan
tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia tidak terlepas daripada
keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring dengan kemajuan
kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah satu faktor
penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat
meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses
perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara. Dari
awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai pusat
pengumpul, pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan
serta menjadi pusat pengedaran hasil pengeluaran ke kawasan-kawasan lain atau
di peringkat tempatan.
Proses ini berterusan sehingga
fungsi bandar merebak keluar ke kawasan-kawasan di sekitarnya setelah wujudnya
kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan, pejabat-pejabat pentadbiran, pasar
raya dan kawasan kediaman yang memerlukan kawasan yang lebih luas. Akibatnya
wujud pula bandar-bandar lain di pinggir bandar atau di sepanjang jalan
pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti bandar satelit,
bandar baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang terdiri
daripada pelbagai jenis seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb
perindustrian ringan yang merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks
seperti yang dialami pada masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan
di kalangan sebahagian penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada
peringkat minimum disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.
Bandar-bandar di Malaysia kini
sedang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan melibatkan pelbagai
aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta jalinan rangkaian
pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan dan proses
perbandaran yang tidak terkawal serta keadaan sistem perbandaran yang tidak
tersusun pada peringkat awalnya telah menyebabkan berlakunya pelbagai
permasalahan dan isu pengangkutan di kebanyakan bandar utama dewasa ini.
Pembangunan yang pesat bererti keluasan kawasan bandar menjadi bertambah
‘sempit’. Ditambah pula dengan sebahagian daripada kawasan pusat bandar yang
kebanyakannya dijadikan kawasan kediaman, terutama di rumah-rumah kedai dua
tingkat yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua dengan dihubungi oleh
lorong-lorong sempit telah menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak dan
padat.
Bagi setengah kawasan yang lain
pula terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan ditempatkan kawasan-kawasan
industri di kawasan kediaman dan perniagaan di pusat-pusat bandar. Kedudukan
bangunan-bangunan peninggalan sejarah sebelum perang yang berdekatan dengan
laluan lorong-lorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja untuk melebarkan jalan
raya tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi
pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada
persendirian, awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod
pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalu lintas bukan
saja di pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang sudah pun melebihi
had isi padunya terutama pada waktu-waktu kemuncak.
Kepesatan perkembangan bidang
pengangkutan di Malaysia adalah hasil daripada pertumbuhan dan pembangunan
sosioekonomi yang berterusan. Pembangunan rangkaian pengangkutan jalan raya
merupakan salah satu faktor penting dalam menyediakan infrastruktur yang
diperlukan untuk kepentingan program pembangunan ekonomi negara. Kepesatan
proses pembandaran menyebabkan timbulnya pelbagai masalah secara langsung atau
tidak langsung. Pertumbuhan pesat bandar metropolitan seperti Johor telah
menyebabkan bandar-bandar kecil mengalami kemerosotan kadar pertumbuhan dan
fungsi. Perpindahan penduduk keluar boleh melebarkan lagi jurang pembangunan
sosial dan ekonomi antar bandar-bandar kecil dengan bandar-bandar besar.
Pembinaan lebuh raya dan sistem pengangkutan antara bandar-bandar utama dan
wujudnya jalan pengangkutan yang cekap di luar bandar telah memudahkan lagi
pergerakan masyarakat dan barangan.[3]
Kini, Malaysia mengamalkan
sistem pengangkutan jalan raya yang lebih moden dan berteknologi tinggi di
bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia’ melalui pengawasan Lembaga Lebuh Raya
Malaysia. Justeru itu proses perbandaran di Malaysia semakin pesat membangun yang
bertindak sebagai penggerak ekonomi negara. Antara yang utama termasuk Lebuh
Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur- Barat, Johor-Karak, Johor- Air Hitam,
Lebuh Raya Pan-Borneo dan Lebuh Raya Pantai Barat, Johor. Kesemua rangkaian
lebuh raya yang siap dan sedang dalam pembinaan merupakan penghubung utama
dengan semua rangkaian jalan raya dan bandar-bandar sedia ada di seluruh
negara. Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan di antara Pantai Barat Semenanjung
Malaysia menghubungi kawasan utara dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit
Kayu Hitam ke Johor Johor di selatan melalui bandar-bandar utama bermula dari
Alor Setar, Butterworh, Ipoh, Johor, Seremban dan Johor Johor. Bagi rangkaian
Lebuh Raya Timur-Barat pula menghubungi Pantai Barat dan Pantai Timur di
bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan menghubungi Grik, Perak dan Jeli di
Johor. Manakala Lebuh Raya Gua Musang pula menghubungi Kota Johor, Gua Musang,
Bentong dan Johor. Di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya
Jerangau-Jabor menghubungi Kuala Johor, Kuantan, Bentong dan Johor atau terus
melalui Lebuh Raya Segamat dari Kuantan, Segamat dan Johor. Di Sarawak, Lebuh
Raya Pan-Borneo menghubungi Bandaraya Kuching, Sibu dan Miri.
Dengan ini pada keseluruhannya
rangkaian lebuh raya di Malaysia mempunyai pengaruh dan pertalian dengan
bandar-bandar yang sedang meningkat proses pembandarannya. Antaranya termasuk
bandar Jitra, Sungai Petani, Taiping, Kuala Kangsar, Kota Tinggi dan Segamat,
Johor. Proses ini dijangka berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan
bandar-bandar kecil di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang.
Oleh yang demikian, sistem
pengangkutan dapatlah dianggap sebagai satu daripada faktor pendorong yang
utama di dalam pembangunan, terutama kepada negara yang sedang membangun.
Pengangkutan berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu tempat dengan satu
tempat yang lain dan ini membolehkan pergerakan manusia. Pembinaan jalan-jalan
dan kemudahan sistem pengangkutan di dalam dan di luar bandar memberi jalan
masuk kepada sesuatu kawasan dan seterusnya memudahkan pengaliran pengaruh
terhadap pembangunan dan unsur-unsur pemodenan. Manusia atau masyarakat
lazimnya mempunyai ciri-ciri sosioekonomi tertentu. Masyarakat juga dapat
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut status ekonomi dan ini dapat
diukur berdasarkan jenis pekerjaan dan garis pendapatan. Faktor-faktor ini akan
mencerminkan kawasan penempatan, kepadatan penduduk dan jenis sistem
pengangkutan yang diperlukan.
Hal ini menunjukkan jalan-jalan
utama melalui pusat-pusat penempatan dan kemudahan pengangkutan awam yang cekap
amat diperlukan. Jika pengangkutan di sesuatu kawasan itu baik, murah, tepat
pada waktunya, senang didapati dan terletak di lokasi yang strategik, hal ini
akan mewujudkan permintaan yang berlebihan. Sesuatu lokasi yang strategik
dikaitkan dengan kegiatan tumpuan seperti pusat pelancongan atau pusat
membeli-belah. Jika permintaan melepasi peringkat optimum, kesesakan akan wujud
dan ini akan merendahkan nilai lokasi kepada pengguna atau masyarakat sedia ada.
Kesesakan lokasi sukar diukur dan ini biasanya berlaku di pusat-pusat bandar,
di tempat-tempat peranginan, atau di sesebuah kawasan yang menarik. Oleh itu,
perancangan pengangkutan hendaklah dikait rapat dengan perancangan guna tanah.
Dengan itu, tiap-tiap aktiviti
di dalam bandar merupakan elemen-elemen yang mempunyai fungsi tersendiri. Di
antara elemen-elemen penting ialah temp[at tinggal, tempat bekerja atau
belajar, tempat membeli-belah dan tempat beristirahat. Tiap-tiap elemen
tersebut saling berkaitan dan memerlukan suatu sistem pengangkutan. Di samping
itu, kehendak masyarakat juga selalu berubah mengikut peredaran zaman.
Perkembangan bandar telah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan permintaan
perumahan dan memperbanyakkan pejabat.[4]
Situasi ini akan meletakkan
suatu kawasan atau bandar itu di peringkat optimum, di mana tahap kesesakan
amat ketara. Pada kebiasaannya, perkembangan bandar akan meluas ke kawasan
pinggir bandar dan hal ini memerlukan suatu sistem perhubungan yang baru
dan menjadi faktor kepada pembukaan sesebuah bandar baru.
9.1
Pembangunan dan Pengangkutan di Iskandar Malaysia
Iskandar Malaysia terletak di
dalam Negeri Johor, kawasan paling pesat membangun di selatan Semenanjung
Malaysia di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan bergabung
untuk membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju. Wilayah Pembangunan
Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) bersamaan
lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong. Kawasan di
dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Johor dan sebahagian daripada Daerah
Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup
(Mukim Ayer Masin).
Antara kesan positif yang dapat
dilihat melalui pembangunan koridor ialah sistem jalan raya yang semakin
bersistematik. Dapat dilihat perbezaan pada waktu kini dan dahulu adalah amat
berbeza dari segi sistem pengurusan infrastrukturnya. Sistem pengangkutan yang
semakin baik ini adalah salah satu cara berkesan dalam menghubungkan satu
wilayah dengan wilayah yang lain. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan terpencil
dapat dimajukan apabila jaringan jalan raya diperbaiki.
Dalam hal ini, sesebuah
pembangunan yang dilaksanakan misalnya di Wilayah Pembangunan Iskandar
sememangnya berkait rapat dengan kepentingan sistem pengangkutan. Pengangkutan
berfungsi sebagai kenderaan untuk memindahkan bahan-bahan pembinaan di wilayah
tersebut serta menghubungkan masyarakat dengan kawasan tersebut. Iskandar
Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang meluas. Selain itu, beberapa
rangkaian jalan utama telah pun dicadangkan seperti Eastern Dispersal Link
(EDL), Johor Bahru Coastal Road dan Johor Baru Middle Ring Road. Tambahan
pelaksanaan program menaik taraf dan membaik pulih jalan raya yang relevan dan
penting telah dicadangkan untuk membanyakkan jalan raya di mana kegiatan
ekonomi akan meningkat di kawasan tersebut. Lebuh raya utama juga sedang dinaik
taraf untuk melancarkan aliran trafik daripada kawasan yang sesak serta
menyediakan laluan penghubung untuk menerajui pembangunan kawasan tersebut.[5]
10.0 Sistem
Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara
Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur
melalui sistem pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya
tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara
yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan
negara .
Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem
pengangkutan awamnya yang bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam
pengangkutan udara dengan lapangan terbangnya manakala sistem pengangkutan
kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang
maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden , pengangkutan laut dengan
pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua kerana tanpa sistem pengangkutan awam
yang sistematik tidak akan dapat merancakkan pembangunan negara ; Mengapa
tidak? Kerana sistem pengangkutan awam adalah nadi rangkaian pergerakan dan
perhubungan negara . Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini
seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan sistem
pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus
merencatkan kerancakkan pembangunan negara .
Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan
awam terhadap pembangunan negara . Maka negara memerlukan satu sistem
pengangkutan yang bersistematik dan moden supaya berupaya menjana pembangunan
negara . Melalui sistem pengangkutan awan yang sistematik juga dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi pulangan kepada
pendapatan negara .Sebab itulah negara sanggup berbelanja besar dalam
menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara. Ini
bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi
sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa keuntungkan
kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang dan
peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus
membantu kepada pembangunan negara .
Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan
awam yang canggih lagi sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara – Selatan,
Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya.
Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti
sudah tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di
mana – mana, kepayahan untuk berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka
impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian lebuh raya ,
malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter, LRT,
monorel turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Pembinaan-pembinaan
sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah meneroka
pembukaan tanah-tanah terbiar, tanah-tanah di pedalaman sekaligus kawasan ini
dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip mata menjadi
kawasan lubuk emas. Harga tanah naik melambung, dahulunya pekan atau
perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus,
dahulunya tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan
moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan penduduk di merata pelusuk
negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem pengangkutan awam yang sistematik
maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan negara .
Tidak dapat
dinafikan, sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik pastinya
negara tidak dapat membangun dengan baik. Cuba mengimbau kembali sistem pengangkutan
awam lama, pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang sistematik,
pembinaannya asal buat sahaja tanpa memikirkan kesan alam sekitar, kesan jangka
panjang, hanya mengira kesesuaian dan keperluan semasa tanpa mengambil kira
impaknya di masa hadapan. Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat
dan tidak membawa kepada pembangunan yang menyeluruh. Ini sebenarnya terletak
kepada kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir negara
yang perlu tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana
pembangunan negara. Sekiranya negara dapat menyediakan sistem pengangkutan awam
yang sistematik lagi efisen, secara tidak langsung ia telah menjana pembangunan
negara yang lebih teratur, berkembang dan berdaya maju. Penyediaan sistem
pengangkutan awam yang sistematik ini bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan
penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, lori, kereta api, teksi,
kapal terbang, kapal laut, feri dan seumpamanya tetapi perlu dilihat dalam penyediaan
perhubungan infrastrukturnya juga perlu sistematik maka baru boleh dilihat dapat
menjana pembangunan negara.
Apabila
melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan
infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya, lebuh
raya, stesen kereta api, landasan kereta api, lapangan kapal terbang dan
landasannya, pelabuhan -pelabuhan dan dermaganya. Semua ini memerlukan kawasan-kawasan
lama diperbesarkan, kawasan-kawasan baru diterokai, sistem lama sedia ada
dipermodenkan, kawasan padat dialihkan ke penempatan baru. Ini bermakna dalam
penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara
secara besar-besaran. Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang
sistematik, pembangunan negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting
sistem pengangkutan awam yang sistematik ini memerlukan perancangan yang
terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada, impak masa hadapan
negara lebih terjamin, tidak berisiko tinggi, sistem pengangkutan yang efisen
lagi kondusif dan negara terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan
semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .
Sistem pengangkutan
awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna,
memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri-ciri perkhidmatan
selamat, dapat mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta,
juga mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik. Sekiranya semua ini diambil
kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam bermakna pembangunan negara
terus membangun dalam landasan yang betul. Sistem pengangkutan yang selamat
satu faktor yang amat penting dalam menjana pembangunan negara kerana sistem
pengangkutan awam yang tidak selamat, sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan
pelabur untuk melabur dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk
membangunkan negara. Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem
pengangkutan awam ini tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan,
pengeluaran produk industri tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka
perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada kebimbangan untuk berurus niaga
atau kebimbangan untuk membangunkan sektor industri dalam negara dan seterusnya
menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara.
Negara
mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok negara
dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik dan
terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja. Mereka ini adalah penjana
kepada pembangunan negara. Sekiranya negara tidak mempunyai sistem pengangkutan
awam yang efisen sudah pasti mejejaskan pergerakan mereka ke tempat kerja dan
ini boleh menjejaskan produktiviti mereka bermakna keberhasilan negara turut
merosot, maka pembangunan negara juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem
pengangkutan awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada
pembangunan negara. Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem
pengangkutan awam, ini bermakna tiada pembangunan yang dilakukan. Berapa banyak
prasarana ini yang telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep,
bercirikan moden, canggih, termaju dan bertaraf dunia. Semuanya ini adalah
merupakan pembangunan negara melalui sistem pengangkutan awam. Kalau tanpa
memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam yang sistematik maka pastinya
pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak membangun.
Memandangkan
sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan pembangunan
negara. Maka dapat kita lihat negara – negara di seluruh dunia berlumba – lumba
menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada pembangunan sistem
pengangkutan awam yang lebih sistematik. Ini bermakna pembangunan sistem
penganguktan awam yang sistematik merupakan satu faktor penting yang dapat
menjana pembangunan negara. Negara akan turut bertambah maju sekiranya sistem
pengangkutan awamnya lebih bersistematik. Kita lihat di sesebuah negara yang
sistem pengangkutan awamnya kucar – kacir lagi kelam – kabut serta tidak
terurus dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur
serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri.
Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat
seandainya sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan
sistem pengangkutan awamnya. Ia akan memberi impak yang amat besar kepada
negara. Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang, kemajuan tidak dapat
dicapai, tiada pelaburan, kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat, rakyat
tidak dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa untuk
negara. Sistem pengangkutan awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan
berkesan sebenarnya ia seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam
erti kata lain tiada pembangunan dalam sistem pengangkutan awam maka tidak dapat
menjana pembangunan negara.
Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip, bekalan elektrik, bekalan telekomunikasi, perumahan, ruang perniagaan, kawasan pentadbiran, kawasan reakriasi, rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada pembangunan berlaku di negara berkenaan. Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam yang sistematik, negara berupaya mengguna jentera pengangkutan awam yang moden dan canggih. Ini juga merupakan satu pembangunan kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan.
Di
negara – negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya
kerana mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana
pembangunan negara. Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju ,
sistem kereta api bawah tanah, kapal terbang supersonik dan berjentera jet,
kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi. Semua ini mereka
bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem
pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada
mereka lantaran dapat menjana pembangunan negara mereka berterusan dari semasa
ke semasa dan terus berlumba – lumba untuk membuktikan mereka adalah yang
terbaik di dunia dapat membina sistem pengangkutan awam yang sistematik
berbanding dari negara – negara pesaing mereka. Negara – negara maju juga
sentiasa memastikan sistem pengangkutan awamnya bersistematik dan bertaraf
dunia, mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk membangunkan dan
memajukan sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini
negara tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah
pembangunan yang sejahtera.
Banyak perkara yang
turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem pengangkutan awam yang
sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan pembangunan negara kerana
pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan awam yang sistematik ini
lebih bersepadu dan menyeluruh. Dalam hendak menyediakan sistem pengangkutan
awam yang sistematik ini melibat banyak penyumbangnya secara global - bermula
dari perancangnya, penerokaan kawasan dan tapak, arkiteknya, juruteranya,
jurubinanya, para konsultannya, ahli koporat, para pemaju, usahawan – usahawan,
tenaga buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem
pengangkutan awam yang sitematik ini.
Maka
jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat
menjana pembangunan negara. Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat
sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik
dan terbaik. Justeru itu untuk terus maju dan membangun sudah semestinya negara
mampu memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik.
11.0 KESAN PENGANGKUTAN DAN
PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Alam sekitar boleh dirujuk
kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada suatu titik ruang
dan masa.[6]
Pencemaran alam sekitar telah bermula sejak wujudnya revolusi perindustrian
lagi. Dalam kita mengejar kemajuan dan meningkatkan taraf hidup, kegiatan
ekonomi dan pembangunan yang pesat tidak dapat dielakkan atau dihalang bagi
memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Pencemaran yang disebabkan oleh
kegiatan manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti pelepasan
gas-gas beracun oleh kilang-kilang ke ruang udara, pembuangan sisa kumbahan,
asap dari kenderaan, pemusnahan dan pembakaran hutan serta aktiviti yang
berkaitan dengan pengaruh manusia. Hal ini secara tidak langsung adalah kesan
daripada kepesatan pembangunan dan kemajuan sistem pengangkutan di negara kita.
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikan pada
taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan pembangunan yang
berkembang dengan pesat di negara kita. Impak pembangunan terhadap alam sekitar
pada masa ini semakin meningkat, walaupun terdapat pelbagai badan yang
dipertanggungjawabkan untuk mengawasinya dan bertambahnya peraturan dan garis
panduan yang digubal bagi melawannya.[7]
Sistem jalan raya yang baik,
kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf
antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan
dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90 peratus hingga
95 peratus kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati
kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa.
Walau bagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa
membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa
bersamanya kebaikan dan keburukan.
11.1
Pencemaran Udara
Pencemaran udara adalah salah
satu kesan sampingan daripada sistem pengangkutan iaitu kenderaan bermotor.[8]
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor
terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih
kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan
kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini
juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia
sejagat.
Ahli sains telah membuktikan
bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida
(unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66%
Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan
bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah
peratusannya.
Sekiranya dikaji jenis sistem
pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa
kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motosikal dan bas merupakan punca utama
pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat
di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api,
menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan
tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan
trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat
di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali
juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada
pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia
akhir-akhir ini.
11.2 Pencemaran Bunyi
Pertambahan kenderaan di
kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di
bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan
lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka
akan terganggu. Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh
raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat.
11.3 Perubahan Landskap
Pembinaan sistem pengangkutan
boleh mengubah landskap fizikal sesuatu kawasan. Pembinaan lebuh raya atau
melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun bukit dipotong dan hutan-hutan
ditebang dengan banyaknya. Projek memotong dan menarah bukit boleh
menyebabkan kejadian hakisan cerun. Seterusnya apabila berlaku hujan lebat, air
hujan boleh melonggarkan tanah dan menyebabkan berlakunya tanah runtuh
12.0 LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Penjagaan alam sekitar adalah
sangat penting bagi mengelakkan masalah besar yang akan timbul kemudian hari.
Jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, hal ini boleh
memberi masalah kepada masyarakat dan hidupan lain. Oleh itu, langkah
pencegahan dan pengawalan telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi
menjamin kualiti udara di Malaysia. Antara langkah-langkah pencegahan yang
boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan penggunaan klorofluorokarbon (CFC)
dan melalui perundangan dan penguatkuasaan.[9]
Dalam usaha mengawal pencemaran
di Malaysia, kerajaan telah membuat beberapa peraturan dan kaedah. Dalam
konteks pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan bermotor,
peraturan-peraturan yang ditetapkan boleh didapati dalam Peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978, Kaedah-kaedah Kereta Motor
(Kawalan Pelepasan Asap dan gas), 1977. Selain itu, pencemaran udara juga boleh
dikawal dengan menggunakan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan
Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam
Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996.
Selain itu kita patut mengurangkan
penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar
diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas
Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 %
terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh
digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu
memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang
ketika meletakkan kenderaan bermotor di tengah panas juga boleh mengurangkan
kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan
penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke
pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang,
malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam
sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas
dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali
kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan
jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah
lebih baik untuk alam sekitar di samping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan
kita. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanakan
tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat
umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih
dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui
pembangunan sains dan teknologi negara.
13.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kepesatan
pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan yang semakin meningkat banyak
memberi kesan kepada masyarakat dan alam sekitar, sama ada kesan negatif
mahupun kesan positif. Pembangunan sesebuah bandar bertujuan membawa transformasi
yang lebih bermakna dan diharapkan agar negara dapat mengharungi arus
globalisasi yang kian mencabar dari semasa ke semasa.
Kepesatan bandar telah membawa
kepada perkembangan sistem pengangkutan yang selaras dengan keperluan
masyarakat yang semakin meningkat. Kawasan-kawasan yang dibangunkan ini
mempunyai fungsi yang tersendiri dan memberi faedah antara satu sama lain.
Kawasan-kawasan yang dicantumkan sehingga wujudnya wilayah, mempunyai fungsi
tertentu yang membolehkan pergantungan berlaku antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Contohnya kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan
mempunyai hubungan rapat dengan kawasan yang terdapat banyak peluang pekerjaan,
yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.
Hal ini jelas menunjukkan
bahawa sistem pengangkutan dan pembangunan sesebuah kawasan merupakan dua
perkara yang saling berkaitan dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam sistem
sosial masyarakat khususnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam menikmati
kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan, kesan-kesan di
sebaliknya perlu dikawal dan seharusnya langkah-langkah yang sewajarnya perlu
diambil bagi mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar.
Bibliografi
Azura
Sarbini. (2011). Kajian pengaruh jumlah
kenderaan terhadap pencemaran udara di Jalan Skudai (Master thesis).
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Detwyler,
T. R. & Marcus, M. G. (1985). Pembandaran
dan persekitran geografi fizikal bandar (Trans. by Sulung Muhamad) (pp.
106). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim
Wahab. (1988). Pengangkutan dan struktur
bandar. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Jamaluddin
Md. Jahi. (1996). Impak pembangunan
terhadap alam sekitar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khairani
Alladin @ Jalaludin. (1993). Pengangkutan
darat: Kesannya terhadap alam sekitar: Kajian kes di Kuala Lumpur. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd.
Razali Agus & Fashbir Noor Sidin. (2000). Perbandaran dan perancangan persekitaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohmadisa
Hashim & Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah. (2005). Pembangunan dan alam sekitar di Malaysia. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mustakim
Melan, et al. (2012). BPMG 3013:
Pengenalan pengangkutan dan logistik. Sintok: PACE UUM.
terima kasih atas maklumat yg superb ni..byk mmbntu saya dlm kerja kursus geo pt3
ReplyDeleteAah banyk membantu dlm geo saye
ReplyDeletePerfect for my geo
ReplyDeletetq encik nmz..
ReplyDeleteTerima kasih utk maklumat ini. sangat membantu saya membuat slide show dan kertas kerja untuk lecturer saya. Terima kasih sekali lagi.
ReplyDeleteJika bas pengusaha rosak semasa perjalanan apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna?
ReplyDeleteLol
ReplyDeleteTq encik nmz
ReplyDeleteTq encik nmz
ReplyDeleteTq encik nmz
ReplyDeleteLol
ReplyDeleteterima kasih atas info yg diberikan ianya sangat bermanfaat untuk kerja kursus geo saya. thanks MR.NMZ!!!!!!!
ReplyDeletei didn't find what i want in this web site.tq
ReplyDeletethank you so muchhh
ReplyDeleteTHANK YOU SO MUCH
ReplyDeleteTAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.
ReplyDeleteHello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
mghfbibdgf@gmail.com
BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
mghfbibdgf@gmail.com
Hari baik untuk semua orang yang membaca pesan ini. Ada cara untuk mendapatkan uang tanpa stres, hubungi (THOMAS FREDDIE) untuk mendapatkan [KARTU ATM] kosong hari ini dan menjadi salah satu orang yang beruntung yang mendapatkan manfaat dari kartu ini. Kartu ATM kosong yang DIPROGRAM ini mampu meretas mesin ATM mana pun di dunia. Saya mendapatkan kartu master saya dari Hacker yang baik di internet, dengan Kartu ATM ini saya dapat mengumpulkan €50,000.00Euro setiap hari melalui kontak:
ReplyDeletethomasunlimitedhackers@gmail.com
Saya sangat miskin tetapi kartu ini telah membuat saya kaya dan bahagia, Jika Anda ingin mendapatkan kesempatan ini untuk menjadi kaya dan membangun bisnis Anda, maka ajukan permohonan untuk kartu Master ini, saya sangat senang dengan ini karena saya mendapatkan milik saya minggu lalu dan saya punya menggunakannya untuk mendapatkan €247,000.00Euro dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED Peretas membagikan kartu tersebut hanya untuk membantu orang miskin dan membutuhkan dan mereka JUGA MENAWARKAN BANTUAN KEUANGAN. dapatkan milik Anda dari THOMAS FREDDIE UNLIMITED HACKERS hari ini. Silakan hubungi mereka melalui Email thomasunlimitedhackers@gmail.com