Monday, 14 November 2011

Membawa arnab anda bersiar-siar

Ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan apabila membawa arnab anda keluar bersiar-siar ketika cuaca baik, tetapi anda haruslah berhati-hati. Arnab yang dijadikan haiwan belaan tidak mempunyai skil seperti arnab liar, mereka tidak tahu mengesan bahaya pemangsa.

Ketika membawa arnab anda keluar bermain, ikuti tips-tips ini:

- Ketahui kawasan yang anda ingin lawati bersama arnab. Banyak kawasan padang/taman menggunakan racun rumput, yang mana boleh membahayakan arnab malah membunuhnya jika arnab termakan rumput berkenaan.

-Haiwan pemangsa seperti anjing, burung, kucing liar dll akan mencederakan arnab. Walaupun haiwan pemangsa ini tidak menyerang arnab sekalipun, arnab anda mungkin akan mati akibat kejutan/stres kerana ditakutkan oleh haiwan pemangsa (cthnya mendengar anjing menyalak).

-Haba adalah satu perkara yang perlu dititik beratkan. Arnab tidak dapat bertahan lama dalam cuaca panas. Apabila terdedah lama dalam keadaan panas, hidung arnab akan basah dan mulutnya akan mengeluarkan air liur, hal ini menunjukkan sindrom heat stroke pada arnab.

-Sesetengah pokok renek mungkin beracun/alah pada arnab.

-Nyamuk mungkin akan menggigit arnab dan kemungkinan akan memindahkan penyakit. Periksa arnab anda jika terdapat kutu/hama selepas dibawa keluar.


Jika ingin melepaskan arnab, anda boleh menggunakan play pan / jaring besi segi empat.

Anda juga boleh membeli harness (tali pengikat) atau tali yang disambung jaket. Arnab mungkin akan sedaya upaya untuk menanggalkan jaket/tali berkenaan. Oleh yang demikian, kemaskan jaket/tali pada badan arnab.


NZ hanya lepaskan arnab dan biarkan mereka berlari sepuas mungkin. Percayalah ia akan kembali jika dipanggil kerana sudah terbiasa dengan bau tuannya!

Sunday, 13 November 2011

Ear Mites / hama dalam telinga arnab

Pada Sabtu, 12/11/2011 yang lalu, NZ telah berpeluang menemui seekor arnab yang sakit kurap dalam telinganya. Kondisi agak teruk tapi masih boleh diubati. Keadaan arnab berkenaan yang agak ganas menyulitkan proses mengubatinya kerana ia sering mengelupur ketika dipegang (mungkin akibat rasa sakit dalam telinga). Berikut adalah gambar yang diambil menggunakan handphone cap ayam NZ hehe:



Setelah diteliti, telinga arnab ini mengandungi kutu (mites) dan keruping kurap (scale). Ia dikenali sebagai Ear Mites yang mengandungi sejenis parasit diberi nama Prosoptes cuniculi. Disebabkan kelengkapan tidak mengcukupi dan hari Sabtu memang tak buka klinik vet, jadi kami mengambil inisiatif untuk mengubati arnab itu secara tradisional.

1. NZ titikkan minyak bayi jenama Johnson & Johnson ke atas keruping kurap dalam telinga arnab berkenaan (dalam 10 titik) dan biarkan selama 15 minit agar minyak dapat meresap di keruping kurap.

2. Sediakan putik kapas. Ia digunakan sebagai alat untuk menanggalkan kurap. Dimulakan dengan Bismillah, arnab berkenaan diterbalikkan badannya dan proses mengeluarkan kurap dilakukan dengan mengais kurap di cuping telinga arnab menggunakan putik kapas. Kurap tertanggal dengan senang kesan daripada minyak (tidak perlu ditonyoh kasaq2, cukup sekadar menguis sedikit kurap akan terlerai dari telinga).

3. Proses membersihkan lubang telinga pula agaka mencabar kerana telinga arnab berkenaan telah mula bernanah dan arnab menjerit kerana ketakutan dan sakit. NZ tidak mengorek lubang telinga arnab, cukup sekadar menekan sedikit di bahagian pangkal telinga (bahagian luar) dan ketulan nanah berkenaan luruh dengan senang bersama keruping kurap dan kutu.

4. Bersihkan cuping telinga yang mempunyai sisa2 kurap dan kutu yang merayap (kutu merayap dengan perlahan kerana telah diletakkan minyak, mana blh dia terbang ke muka NZ! hehe).


Berikut adalah gambar semasa proses mengeluarkan kurap:



Setelah telinga arnab bersih, NZ titikkan ubat telinga untuk ear mites. Proses ini perlu diulangi dua kali sehari iaitu pagi dan malam sehinggalah semua parasit dalam telinga arnab tak ada.

Arnab ni perlu dicucuk ivermectin bagi membunuh larva hama. NZ serahkan kembali arnab ini kepada pemiliknya untuk dibawakan ke vet agar diberikan suntikan.

Info tentang Ear Mites:

Ear mites adalah sejenis parasit jenis Psoroptes cuniculi. Proses kitar hidupnya terbahagi kepada telur, larva, protonymph, dan kutu dewasa. Proses ini terjadi selama 21 hari bergantung kepada keadaan dan telur akan menetas dalam masa 4 hari. Kutu ini selalunya dijumpai dalam telinga arnab, dan biasanya ia akan berjangkit ke dua-dua belah telinga arnab. Jika tidak dirawat, parasit ini akan merebak ke kepala, leher, kaki, badan, dan kemaluan arnab. Bahan buangan dan lendir daripada parasit ini akan memberi tindakbalas gatal2 pada kulit arnab, menyebabkan arnab menggaru telinganya. Darah yang keluar akibat aktiviti menggaru berkenaan akan menjadi sumber makanan kepada parasit ini.

Simptom: Gatal telinga, selalu menggoyangkan kepala, dan mencakar/menggaru telinga. Pada mulanya, keruping halus akan kelihatan di dalam cuping dan lubang telinga serta bulu mulai gugur. Keruping-keruping berkenaan walaupun kelihatan nipis, mengandungi sejumlah besar parasit, najis kutu/hama, sell kulit dan darah. Jika tidak dirawat, keruping ini akan menebal sehingga boleh mencapai ketebalan 2cm.

Proses penyembuhan: cucuk invermectin 3 kali, iaitu selang 14 hari sekali. Jika dicucuk atau diberi ivermectin secara oral, keruping kurap akan gugur sendiri dalam masa 10 hari.


Sebanarnya, jangkitan ear mites elok dilakukan pengcegahannya pada awal. Jika dibiarkan lama, jadi macam telinga arnab ini, bernanah dan perlu dibersihkan. Pernah dulu seekor arnab jadi mcm ni jugak, tp dibiarkan dengan cucuk ivermectin sahaja tanpa mencuci telinga, arnab berkenaan mati dan nanah di dalam telinga membesar serta merebak ke mata dan hidung.

Lakukan pembersihan telinga selalu (NZ check telinga seminggu sekali dgn baby oil - titikkan dan gosok perlahan2 agar hama dalam telinga tertanggal, arnab layan je sebab geli heeeh) Telinga manusia pun kena servis selalu kalu tak kurang pendengaran, inikan pula arnab!




Tips: dalam proses tradisional, baby oil menggantikan minyak goreng ikan kerana baby oil lebih ringan/licin manakala minyak menggoreng ikan lebih liat.