Monday, 26 September 2011

Tahun Yang Mencabar..

Tahun 2011..tahun yang dirasakan sangat-² mencabar bagi kami, pada peringkat awal tahun nampak gayanya semua akan berjalan dengan lancar dari proses penjagaan hinggalah ke proses penjualan tetapi segala yang telah dirancang telah tergendala di pertengahan tahun umpama kata pepatah "Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari ".

Tetapi segala kesulitan tersebut terpaksa di tempuhi dengan tabah kerana inilah adat dalam dunia perniagaan baik silakukan secara kecil-kecilan mahupun sebaliknya.Segala cabaran dan dugaan yang datang adalah untuk meningkatkan lagi segala kemahiran,pengetahuan dan juga layanan kepada pelanggan. Terima Kasih kepada TUNANG dan juga kedua ibu bapa kami yang banyak menyokong usaha kami ini walaupun berbagai rintangan telah melanda.

Alhamdullilah walaupun NZ Rabbits bergerak dengan perlahan pada penghujung musim ini permintaan arnab-² jagaan kami masih lagi mendapat permintaan. InsyaAllah NZ Rabbits akan sentiasa ada walaupun kami bergerak perlahan, jika rezeki itu untuk kami adalah bahagian kami itu dan jika bukan menjadi rezeki kami pon tak menjadi masalah apa yang datang kami menerimanya dengan penuh kesyukuran.

Kepada pelanggan dan juga kawan seperjuangan terima kasih juga atas sokongan anda InsyaAllah kami akan membuat sedikit perubahan dalam masa terdekat ini dan sehingga hujung tahun ini kami akan meningkatkan dan memperkembangkan lagi hasil jualan arnab-² kami..