Sunday, 6 December 2015

Aku & Sepinggan Char Kuey Teow

Assalamualaikum...

Pergh lamanya tak menulis dlm blog nie hampir luput dh rasanya blog tentang kehidupan seharian bersama haiwan kesayangan aku nie..mungkin lepas nie tak dak dh kot post2 tentang arnab haiwan kesayangan aku nie..

Kehidupan selepas aku tidak lg membela arnab kerana kami telah berpindah ke kuarters perumahan dan syarat yg terkandung xbleh nk bela haiwan peliharaan so aku kena cari hobi dan pendapatan sampingan lain utk menampung masa lapang yg ada..selepas tak lagi bela arnab nie aku dgn wife mula dah menumpukan perhatian jaga puteri kami saja la so masa terluang kami lebih ceria la sbb bleh main dgn puteri kami tue..skrg nie plak wife aku tgh bawa perut utk 2nd baby kami(dh 6bln)..so sbg sorg suami & ayah nie aku kena la cari side income lg la utk anak & wife aku..

Slps puas pikir so aku amek keputusan utk berniaga plak di kwsn perumahan dan tmpt kerja aku nie..dgn sedikit kemahiran memasak yg ada aku dan wife aku mula la buka warung berniaga Char Kuey Teow & Kuey Teow Kerang slps waktu bekerja..bila kwan2 tanya..hang tak letih ka blk kerja trus p meniaga plak?..jwpn aku ialah kalau kita syok utk berniaga tue kita xkan rasa letih..tp apapon aku tetap akan dahulukan kerja hakiki aku terlebih dahulu.

Aku mmg xdk pengalaman lgsg dlm dunia perniagaan melibatkan makanan nie so aku gamble ja utk masuk dlm bidang nie..pada mulanya aku mmg susah utk dptkan resepi utk buat kicap Char Kuey Teow nie..nk beli pada org lain harga sebotol paling murah pon rm 55-80..pada mulanya terbantut juga hasrat aku nie..tp aku tetap cekalkan hati utk mulakan juga perniagaan nie..mulanya aku beli juga kicap Char Kuey Teow yg bg aku best skali blk rumah aku rasa & aku bt olahan resepi aku bg se akan2 sama dgn kicap yg aku beli td..Alhamdullillah aku dpt bt kicap Char Kuey Teow versi aku sendiri.

Kini aku dah mula berniaga hmpir 3bln dh skrg nie di DPP Yayasan Al Bukhary UUM, sambutan yg di terima amatlah memuaskan..aku sgt2 bersyukur skrg nie dgn sambutan yg diterima..Jika sesiapa yang ingin memulakan perniagaan Char Kuey Teow & Kuey Teow Kerang dan tak tahu nk bt kicap tue aku tak akan segan2 utk berkongsi resepi utk bt kicap nie..jgn risau aku tak akan kedekut ilmu aku akan share kan resepi tue tanpa sebarang byaran FOC..jgn malu jgn segan tnyalah kat aku..











Slps nie mgkin blog aku nie akan bertukaq drpd Arnab ke Char Kuey Teow dan juga mengenai kehidupan seharian aku sebagai seorg kakitangan kerajaan, pelajar dan juga perniagaan Char Kuey Teow  dan juga kehidupan bersama Family tercinta..

Aku juga nk ucapkan terima kasih kepada  family aku dan juga mertua aku yang byk memberi sokongan moral kat aku utk mulakan perniagaan nie..aku rasa sgt bertuah coz depa sgt2 support aku mmg aku sgt2 terharu dgn Mama2, Abah, Papa, Abg2 Ipaq, Kakak Ipaq, Adik2, Adik2 Ipaq, Pakngah, Ngah, Tok dan Wan & last skali kwn2 yang juga byk support..

Tp yang paling aku berterima kasih yang byk membantu tak lain dan tak bukan, dialah seorg insan, sahabat, emak kepada anak aku..dialah ISTERIKU..seorg yg selalu berada di sisiku yang byk memberi kata2 smngat dan byk membantu dlm setiap urusan hidup aku nie..TQ so much..

3 comments:

  1. Salam, boleh dpt no contact? Tq

    ReplyDelete
  2. Salam.. Boleh tak nak mintak resipi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam. bokmai nombor utk saya contact. berminat

    ReplyDelete