Sunday, 30 January 2011

Cara Pegang Arnab

Cara Memegang Arnab Yang Betul.

1. Cara memegang arnab yang betul adalah sangat penting. 5 cara memgang arnab:

- Cara memegang arnab yang jinak

cara pegang arnab jinak
cara pegang arnab jinak 2
cara pegang arnab jinak 3

- Cara memegang arnab yang agresif

cara pegang arnab agresif 1
cara pegang arnab agresif 2

JANGAN sesekali mengangkat arnab dibahagian telinga atau kakinya. Arnab boleh mengalami kecederaan tulang belakang yang serius apabila ia diangkat tanpa memegang bahagian bawah (punggung). Selalulah membelai arnab ketika ia masih kecil untuk membiasakan arnab dengan bau tangan tuannya.

cara salah 1
cara salah 2

http://www.medirabbit.com/EN/Surgery/Restraint/Handling.htm

Monday, 24 January 2011

CIRIT BIRIT

CIRIT BIRIT

Baiklah tajuk yang dimulakan hari ini adalah bagi memfokuskan sesuatu yang kerap dan sering ditanyakan kepada NZ. Harus diingat NZ bukan pakar veterinar, tetapi apa yang ditulis berdasarkan pengalaman NZ , rakan rakan NZ dan juga rujukan pembacaan & dikumpulkan disini dan berharap agar mendapat sedikit sebanyak panduan kerana kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes yang melibatkan masalah ini yang merunsingkan pemilik-pemilik arnab yang kehilangan arnab mereka.Selamat Membaca dan Selamat Mencuba...

Punca Punca

Seperti yang sering dikatakan peka kepada masalah arnab dan berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

1. Arnab muda

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

2. Diet & Pemakanan

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbohidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.

3. Pemberian Ubat Ubatan

Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.

4. Stress

Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.

5. Jangkitan

Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.

Sintom Sintom

  1. Najis yang lebik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
  2. Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
  3. tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
  4. pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
  5. arnab hilang upaya dan lemah
  6. jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

Mengelakan dari berlaku;

Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat mudah;

  1. Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
  2. Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
  3. Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
  4. Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
  5. Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
  6. Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
  7. Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

Apa Perlu Dilakukan;

  1. Gunakan Vitamin Bengy sebanyak 0.5ml dan disuapkan terus kedalam mulut arnab anda.
  2. Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
  3. Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
  4. Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih selalu. Bersihkan bahagian punggung yang terkena najis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
  5. Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
  6. Bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat anda boleh memcuba bancuhan ORS menyuapnya mengunakan Syringe.
  7. Berikan ORS kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
  8. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.

Vitamin for Rabbit

Vitamin for Rabbit
Membantu mengimbangi keperluan vitamin, mengelakkan diarrhea (cirit) dan sesuai untuk perut arnab. Hanya RM 5 sebotol (120ml)

Penjagaan Asas Arnab

PEMAKANAN

Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hay- rumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa limit. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah ‘HairBall’. Bagaimanapun tambahan pelet dalam pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini.

Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai makanan tambahan sahaja dan tidal diberikan secara khas. Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutama sekiranya mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana pun pengurangan memberi pelet haruslah diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.

HAY

Rumput kering atau hay (Timothy, Alfalfa, Panggola,dan Oat) seharusnya seharusnya diberikan tanpa had kepada arnab. Bagi anak arnab yang lahir sehingga berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty, Panggola) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.

Rumput Alfalfa

Rumput Alfalfa… bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan

Rumput Timothy

Rumput Timothy… untuk arnab dewasa.

SAYURAN SEGAR

Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut. Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pellet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit. Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama 10 minit. Ini bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk arnab.

Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan arnab kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa kepada kematian.

Sayur sayuran yang boleh diberi;

celeryromaine-lettucecarrotbok-choy52a213d6f11d63debrocoli

PERINGATAN!!!

Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.

iceberg-lettuce

Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di “Suggested Vegetable”

PELLET

Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.

Pilih pelet yang baik kualitinya, kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan.Kami menggunakan pellet ini :-

Pellet Arnab

Pellet Arnab
GOLD COIN, pellet yang berkualiti untuk arnab kesayangan anda. Hanya RM3 per kilo. Membantu proses pertumbuhan bulu arnab dan memenuhi keperluan nutrisi makanannya. Maklumat lanjut, 012-5350740


MEMILIH SANGKAR

Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran

Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab.

Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sore hocks”. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.

Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.

Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih praktikal tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.

Kemasan Bulu/ Grooming

Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk mengemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan sangat , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.

Menyikat atau memberus

Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.

Jika ada memelihara baka Angora,Teddy Bear,@baka berbulu tebal & panjang rutin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.

Adalah digalakan melakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.

Membuang Gumpalan Bulu

Sekiranya arnab anda mempunyai gumpalan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnya, kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kulit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agar tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut.

Adakah arnab perlu dimandikan?

Arnab boleh juga dimandikan tetapi janganlah terlalu kerap dan tindakan semasa memandikan arnab perlulah dilakukan dengan berhati-² supaya arnab ini tidak merasa terancam dan takut.Jangan merendam arnab kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika anda tidak berani ataupun was-was untuk memandikan arnab dengan cara yang betul,anda boleh juga kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor ataupun menggunakan spray shampoo kemudia lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Harus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Hair Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnye lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.

Rabbit Spray Shampoo

Rabbit Spray Shampoo
Hanya spray dan lap, ia menanggalkan setiap kotoran asing dari arnab anda dan mengharumkan bulunya. Mudah dan selamat untuk digunakan. Hanya RM 10 sebotol (150ml).

MEMOTONG KUKU

Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.

Sunday, 23 January 2011

Sepetang D'Tasek DarulAman..

Sepetang D'Tasek DarulAman...aktiviti ini mmg kami lakukan setiap minggu hari Jumaat&Sabtu petang sekitar jam 5.30ptg.Aktiviti ini juga disertai dengan penjaga-² arnab lain di sekitar Jitra & Alor Setar antaranya dari pihak Abg Mat Tmn Mahsuri, Kak Ct Tmn Mahsuri,K.Ita (MegaGemilang Landskap)K.Batas,Are Pit Taman Nuri A.Setar, Noor Azamimah Tmn Rasa Sayang dan rakan-² yg lain.Kami juga ada menjalankan urusan jual beli arnab juga disitu mengikut permintaan dan juga stok yg ada untuk dijual yang berkonsepkan Lepas,Main & Beli.Selain urusan jual beli aktiviti seperti ini juga dilakukan untuk:-

1. memperkenalkan jenis-² arnab kepada pengunjung-²
2. bertukar-² pendapat mengenai kesihatan arnab
3. merapatkan sillaturrahim antara penjaga-² arnab
4. memberi kanak-² serta org ramai bermain-² serta memotretkan gambar bersama arnab.
5. menjual makanan serta ubat-ubatan lain kepada pemilik-² arnab

Kami TIDAK MEMBUKA gerai jualan.Jadi kpd pengunjung-² Tasek DarulAman tersebut untuk mengenali kami mudah shj. kami akan berada di tanah lapang berdekatan dgn bulatan di tasek tersebut dan kami melepaskan arnab-² kami di situ untuk bermain jd pengunjung-² boleh bermain dan jika ada yg berminat pengunjung boleh membelinya terus jika arnab-² tersebut hndak dijual.

Berikut adalah gambar-² yg sempat diambil....


pencinta haiwan


kasih sayang dari kanak-²

arnab yang telah dibeli

arnab yg telah dibeli

keriangan pemilik arnab

tarikan minat kanak-²

peminat cilik

pemilik-² arnab

bertukar-² pendapat pemilik arnab

pencinta haiwan dewasa.

sekian dulu buat kali ini...bye

KePuLaNgaN LuLu...


Lulu ini adalah arnab yg ke-4 kami beli drpd seorg kawan utk dijadikan teman kepada si Ciko sebab sama jenis dgn si Ciko juga kan.Tp sehingga kini Lulu belum lg menerima zuriat drpd si Ciko mungkin belum smpai rezeki lg kot tggu saja la...
1minggu yg lepas si Lulu ini telah melarikan diri dr penjagaan kami slps di lepaskan dipdg belakang rumah semasa proses membersihkan sangkar-² mereka,puas juga la kami mencari siLulu nie smpai putus asa dh kami rasa.Tetapi ptg semalam dia tlh pon ditemui semula ddgn keadaan yg berdebu dan berbau seperti tayar kereta,kredit too Noor Khairul Izani(mummy)krn dialah yg menjumpai siLulu nie..

Friday, 14 January 2011

MODEL SAMBILAN...

Gambar-gambar ini diambli pada 18 Julai 2009 di Tasek DarulAman Jitra Kedah,oleh sorg brader photografer pro yg aku pon xkenal sbenarnya tp dh org nk ambil gmbar apa salahnya kan.Tp lpas tgk gmbar2 yg dia ambil guna kamera DSLR masa tue aku terus teruja utk mendptkan juga kamera jenis yg mcm tue..hihihihi...TQ la abg tosha.Oklah harap semua dpt lah layan gmbr-2 nie ya..

IPIN..tggal kenangan


Kiki..


Ciko & Ipin


Ipin


Meo sedang bersantai

Meo


Keriangan kanak-kanak

Ciko

Meo

Meo...

Thursday, 13 January 2011

BARU....

BARU...tajuk nie diletakkan bersempenakan dengan blog nie baru saja saya bina kerana saya ingin bekongsi segala pengetahuan dan juga kenangan-² kami sepanjang hmpir 3tahun dlm penjagaan arnab nie.Saya sebenarnya kurang berminat untuk menulis-² nie krn kurang idea sgt.

Oklah untuk kali nie,saya akan mengimbau kembali kngan-² dulu dimana kami membeli arnab baru juga dari jenis Angora tapi bulu dia sgt tebal dan comel yg mna kami beri nama MEO.


MEO slps 1hari beli

Kerana bulunya yg gebu dan muka dia yg comel tue la antara sbb kami membelinya,kami jumpa dia nie pon secara kebetulan ketika pergi window shopping di SUMMIT USJ.Antara 2ekor arnab yg kami beli sebelum ini dialah yg melalui perjalanan yg agak mencabar utk dibawa pulang ke asrama Universiti tmpt TEMAN saya belajar tue kerana dlm perjlnan yg mengambil masa 1jam tue dia terpaksa merendah hujan sbb kami hanya menggunakan motosikal ketika di K.Lumpur dulu (kesian dia).
MEO nie sgt gebu coz bulunya yg tebal,pnjg dan sifatnya yg senang didekati tue juga la membuatkan dia menjadi tumpuan org ramai (CIKO&KIKI pon org ramai geram juga) ketika dibawa bermain diluar.


MEO dgn kepit rambut birunya.

bersambung.........
bye


Penyeri Hidup Kami....

Kami memulakan hobi penjagaan arnab ini bermula pada tahun 2008 ketika kami di K.Lumpur dimana saya ketika itu bekerja di sana dan TEMAN saya belajar disana.Minat ini timbul apabila TEMAN saya menyatakan hasratnya untuk membela arnab dan dibangkang oleh saya pada mulanya kerana mengatakan arnab ini busuk dan xcantik,tp sangkaan saya telah berubah apabila dia membawa saya ke AMCORP MALL P.J dan pada masa inilah saya terus terpikat dgn arnab nie kerana begitu cantik,comel&manja.Ketika inilah tanpa memikir pjg saya terus membeli arnab pertama kami jenis LOP EAR BUCK pada Beh&Yo Rabbitry nie gambar n nama diberi CIKO.

Kerana keCOMELan dia nie la membuatkan saya mengubah persepsi saya tentang arnab ini,dan dialah menjadi penyeri kedua dlm hidup TEMAN saya dalam menghadapi hari-² yg ketika tue bergelar pelajar disalah sebuah Universiti di K.Lumpur.Kemudian kami mencari pulak peneman bt si CIKO yg keseorangan ini,dimana arnab kedua nie kami beli dipusat membeli belah juga di K.Lumpur iaitu di MIDVALLEY janis Angora kerana terpikat dgn matanya yg bercelak hitam dan kami berikan namanya KIKI (sbb betina).



kiki bersantai


kiki posing

Kedua-dua mereka inilah yg menambahkan keceriaan dlm hidup kami berdua ketika berada di K.Lumpur dulu dan kedua-² arnab ini dijaga oleh TEMAN saya diasramanya bersama dgn rakan sebiliknya ketika itu.

sekian dulu bt waktu ini.......
bye.