Monday, 14 November 2011

Membawa arnab anda bersiar-siar

Ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan apabila membawa arnab anda keluar bersiar-siar ketika cuaca baik, tetapi anda haruslah berhati-hati. Arnab yang dijadikan haiwan belaan tidak mempunyai skil seperti arnab liar, mereka tidak tahu mengesan bahaya pemangsa.

Ketika membawa arnab anda keluar bermain, ikuti tips-tips ini:

- Ketahui kawasan yang anda ingin lawati bersama arnab. Banyak kawasan padang/taman menggunakan racun rumput, yang mana boleh membahayakan arnab malah membunuhnya jika arnab termakan rumput berkenaan.

-Haiwan pemangsa seperti anjing, burung, kucing liar dll akan mencederakan arnab. Walaupun haiwan pemangsa ini tidak menyerang arnab sekalipun, arnab anda mungkin akan mati akibat kejutan/stres kerana ditakutkan oleh haiwan pemangsa (cthnya mendengar anjing menyalak).

-Haba adalah satu perkara yang perlu dititik beratkan. Arnab tidak dapat bertahan lama dalam cuaca panas. Apabila terdedah lama dalam keadaan panas, hidung arnab akan basah dan mulutnya akan mengeluarkan air liur, hal ini menunjukkan sindrom heat stroke pada arnab.

-Sesetengah pokok renek mungkin beracun/alah pada arnab.

-Nyamuk mungkin akan menggigit arnab dan kemungkinan akan memindahkan penyakit. Periksa arnab anda jika terdapat kutu/hama selepas dibawa keluar.


Jika ingin melepaskan arnab, anda boleh menggunakan play pan / jaring besi segi empat.

Anda juga boleh membeli harness (tali pengikat) atau tali yang disambung jaket. Arnab mungkin akan sedaya upaya untuk menanggalkan jaket/tali berkenaan. Oleh yang demikian, kemaskan jaket/tali pada badan arnab.


NZ hanya lepaskan arnab dan biarkan mereka berlari sepuas mungkin. Percayalah ia akan kembali jika dipanggil kerana sudah terbiasa dengan bau tuannya!

Sunday, 13 November 2011

Ear Mites / hama dalam telinga arnab

Pada Sabtu, 12/11/2011 yang lalu, NZ telah berpeluang menemui seekor arnab yang sakit kurap dalam telinganya. Kondisi agak teruk tapi masih boleh diubati. Keadaan arnab berkenaan yang agak ganas menyulitkan proses mengubatinya kerana ia sering mengelupur ketika dipegang (mungkin akibat rasa sakit dalam telinga). Berikut adalah gambar yang diambil menggunakan handphone cap ayam NZ hehe:



Setelah diteliti, telinga arnab ini mengandungi kutu (mites) dan keruping kurap (scale). Ia dikenali sebagai Ear Mites yang mengandungi sejenis parasit diberi nama Prosoptes cuniculi. Disebabkan kelengkapan tidak mengcukupi dan hari Sabtu memang tak buka klinik vet, jadi kami mengambil inisiatif untuk mengubati arnab itu secara tradisional.

1. NZ titikkan minyak bayi jenama Johnson & Johnson ke atas keruping kurap dalam telinga arnab berkenaan (dalam 10 titik) dan biarkan selama 15 minit agar minyak dapat meresap di keruping kurap.

2. Sediakan putik kapas. Ia digunakan sebagai alat untuk menanggalkan kurap. Dimulakan dengan Bismillah, arnab berkenaan diterbalikkan badannya dan proses mengeluarkan kurap dilakukan dengan mengais kurap di cuping telinga arnab menggunakan putik kapas. Kurap tertanggal dengan senang kesan daripada minyak (tidak perlu ditonyoh kasaq2, cukup sekadar menguis sedikit kurap akan terlerai dari telinga).

3. Proses membersihkan lubang telinga pula agaka mencabar kerana telinga arnab berkenaan telah mula bernanah dan arnab menjerit kerana ketakutan dan sakit. NZ tidak mengorek lubang telinga arnab, cukup sekadar menekan sedikit di bahagian pangkal telinga (bahagian luar) dan ketulan nanah berkenaan luruh dengan senang bersama keruping kurap dan kutu.

4. Bersihkan cuping telinga yang mempunyai sisa2 kurap dan kutu yang merayap (kutu merayap dengan perlahan kerana telah diletakkan minyak, mana blh dia terbang ke muka NZ! hehe).


Berikut adalah gambar semasa proses mengeluarkan kurap:



Setelah telinga arnab bersih, NZ titikkan ubat telinga untuk ear mites. Proses ini perlu diulangi dua kali sehari iaitu pagi dan malam sehinggalah semua parasit dalam telinga arnab tak ada.

Arnab ni perlu dicucuk ivermectin bagi membunuh larva hama. NZ serahkan kembali arnab ini kepada pemiliknya untuk dibawakan ke vet agar diberikan suntikan.

Info tentang Ear Mites:

Ear mites adalah sejenis parasit jenis Psoroptes cuniculi. Proses kitar hidupnya terbahagi kepada telur, larva, protonymph, dan kutu dewasa. Proses ini terjadi selama 21 hari bergantung kepada keadaan dan telur akan menetas dalam masa 4 hari. Kutu ini selalunya dijumpai dalam telinga arnab, dan biasanya ia akan berjangkit ke dua-dua belah telinga arnab. Jika tidak dirawat, parasit ini akan merebak ke kepala, leher, kaki, badan, dan kemaluan arnab. Bahan buangan dan lendir daripada parasit ini akan memberi tindakbalas gatal2 pada kulit arnab, menyebabkan arnab menggaru telinganya. Darah yang keluar akibat aktiviti menggaru berkenaan akan menjadi sumber makanan kepada parasit ini.

Simptom: Gatal telinga, selalu menggoyangkan kepala, dan mencakar/menggaru telinga. Pada mulanya, keruping halus akan kelihatan di dalam cuping dan lubang telinga serta bulu mulai gugur. Keruping-keruping berkenaan walaupun kelihatan nipis, mengandungi sejumlah besar parasit, najis kutu/hama, sell kulit dan darah. Jika tidak dirawat, keruping ini akan menebal sehingga boleh mencapai ketebalan 2cm.

Proses penyembuhan: cucuk invermectin 3 kali, iaitu selang 14 hari sekali. Jika dicucuk atau diberi ivermectin secara oral, keruping kurap akan gugur sendiri dalam masa 10 hari.


Sebanarnya, jangkitan ear mites elok dilakukan pengcegahannya pada awal. Jika dibiarkan lama, jadi macam telinga arnab ini, bernanah dan perlu dibersihkan. Pernah dulu seekor arnab jadi mcm ni jugak, tp dibiarkan dengan cucuk ivermectin sahaja tanpa mencuci telinga, arnab berkenaan mati dan nanah di dalam telinga membesar serta merebak ke mata dan hidung.

Lakukan pembersihan telinga selalu (NZ check telinga seminggu sekali dgn baby oil - titikkan dan gosok perlahan2 agar hama dalam telinga tertanggal, arnab layan je sebab geli heeeh) Telinga manusia pun kena servis selalu kalu tak kurang pendengaran, inikan pula arnab!




Tips: dalam proses tradisional, baby oil menggantikan minyak goreng ikan kerana baby oil lebih ringan/licin manakala minyak menggoreng ikan lebih liat.

Monday, 10 October 2011

Lagi Kelahiran Bulan Oktober...

Assalamualaikum..Alhamdullillah..

Syukur dgn limpahan rezeki yg diberikan..kali nie anak Dutch plak yg beerjaya melahirkan baby2nya seramai 3 ekor gemok pulak tue xmcm anak2 Angora hari tue pon saiz dia setgh besar dr anak2 Angora tue..cumil sgt2..

Wednesday, 5 October 2011

2 Pergi 4 Datang...

Assalamualaikum..

Walaupun agak letih dan ngantuk tapi sbb dah teruja nie rasa tak sabar pulak nak update blog nie yang dah sekian lama ditanggalkan. Ok la kalau sebelum nie NZ ada post kan kelahiran anak ND & Mini Lop yg 3 ekor tue sekarang hanya tinggal 1 ekor saja lagi, 2 lagi dah mati sebab minggu nie NZ sgt bz dgn tugas kerja hakiki..yala kan semua universiti musim konvo ja nie so NZ pon terlibat la sama so terpaksa la bekerja smpai mlm anak-2 di rumah terpaksa la ditinggalkan..dan mungkin sebab ibu dia pon tak bagi susu sama dan ketiadaan NZ dirumah juga la kot mnyebabkan anak-2 dia tue mati..

Dan petamng tadi bertarikh 5/10/2011 kelahiran anak VEVI baka Angora anak kepada MEO pulak telah selamat melahirkan anak-2nya seramai 4ekor dan setakat malam ini semuanya masih lagi bernafas..harap2 ke4 mereka nie terus la akan bernafas sehingga besar..Alhamdullilah rezeki Allah kurniakan kepada kami untuk terus menjaga baby yang baru lahir nie..tapi NZ belum lagi smpat untuk snap gmbar baby2 angora yang baru nie..nanti NZ akan updatekan perkembangan baru mereka semua..

Semoga dengan kelahiran-2 baka2 yang baru ini NZ Rabbits akan terus ada untuk menolong pencinta haiwan terutamanya arnab nie kepada semua yang memerlukan dan yang ingin memilikinya untuk dijaga dan dibela dengan sempurna..InsyaAllah dengan sedikit pengetahuan yang ada NZ akan kongsikan la..

ok la jumpa lagi d post yang akan datang..

Sunday, 2 October 2011

Rezeki Kelahiran Bulan Oktober 2011..

01/10/2011..


Tarikh kelahiran 4 ekor anak-² baka N.D & Mini Lop kami tapi skrg dh tinggal 3 ekor sahaja sbb dah mati dh 1 ekor, harap-² yang 3 ekor yang tinggal nie membesar dgn sihatlah hendaknya..
Mmg kelahiran yg tak diduga sbb kalau hendak di ikutkan si ibu nie melahirkan babynya minggu lepas tp dah terlewat plak kami pulak semalam tak ada di rumah sbb ada family holiday di Sungai Petani. Nasib baik ada adik tunangku nie yang tolong tgk-²kan anak-² kami tue kalau tidak alamatnya boleh jadi semua baby tue mati juga la sebab kena pijak..TQ to Cheq Youn.

Nie gmbr baby abaka ND & Mini Lop kami warna dia tak tahu lagi nak jadi mcm mna tp sama ada nk jadi Chestnut ataupun Black Oter ja la..kita tggu besar nnt..


hanya sebesar ibu jari aku ja baby-² nie semua geram betul tgk depa nie mcm anak tikus pun ada juga bila skali tgk nie..tp apa-²pun depa nie tetap sgt comel la..Alhamdullilah syukur dengan rezeki Ilahi di penghujung tahun 2011 nie..

Monday, 26 September 2011

Tahun Yang Mencabar..

Tahun 2011..tahun yang dirasakan sangat-² mencabar bagi kami, pada peringkat awal tahun nampak gayanya semua akan berjalan dengan lancar dari proses penjagaan hinggalah ke proses penjualan tetapi segala yang telah dirancang telah tergendala di pertengahan tahun umpama kata pepatah "Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari ".

Tetapi segala kesulitan tersebut terpaksa di tempuhi dengan tabah kerana inilah adat dalam dunia perniagaan baik silakukan secara kecil-kecilan mahupun sebaliknya.Segala cabaran dan dugaan yang datang adalah untuk meningkatkan lagi segala kemahiran,pengetahuan dan juga layanan kepada pelanggan. Terima Kasih kepada TUNANG dan juga kedua ibu bapa kami yang banyak menyokong usaha kami ini walaupun berbagai rintangan telah melanda.

Alhamdullilah walaupun NZ Rabbits bergerak dengan perlahan pada penghujung musim ini permintaan arnab-² jagaan kami masih lagi mendapat permintaan. InsyaAllah NZ Rabbits akan sentiasa ada walaupun kami bergerak perlahan, jika rezeki itu untuk kami adalah bahagian kami itu dan jika bukan menjadi rezeki kami pon tak menjadi masalah apa yang datang kami menerimanya dengan penuh kesyukuran.

Kepada pelanggan dan juga kawan seperjuangan terima kasih juga atas sokongan anda InsyaAllah kami akan membuat sedikit perubahan dalam masa terdekat ini dan sehingga hujung tahun ini kami akan meningkatkan dan memperkembangkan lagi hasil jualan arnab-² kami..

Sunday, 30 January 2011

Cara Pegang Arnab

Cara Memegang Arnab Yang Betul.

1. Cara memegang arnab yang betul adalah sangat penting. 5 cara memgang arnab:

- Cara memegang arnab yang jinak

cara pegang arnab jinak
cara pegang arnab jinak 2
cara pegang arnab jinak 3

- Cara memegang arnab yang agresif

cara pegang arnab agresif 1
cara pegang arnab agresif 2

JANGAN sesekali mengangkat arnab dibahagian telinga atau kakinya. Arnab boleh mengalami kecederaan tulang belakang yang serius apabila ia diangkat tanpa memegang bahagian bawah (punggung). Selalulah membelai arnab ketika ia masih kecil untuk membiasakan arnab dengan bau tangan tuannya.

cara salah 1
cara salah 2

http://www.medirabbit.com/EN/Surgery/Restraint/Handling.htm

Monday, 24 January 2011

CIRIT BIRIT

CIRIT BIRIT

Baiklah tajuk yang dimulakan hari ini adalah bagi memfokuskan sesuatu yang kerap dan sering ditanyakan kepada NZ. Harus diingat NZ bukan pakar veterinar, tetapi apa yang ditulis berdasarkan pengalaman NZ , rakan rakan NZ dan juga rujukan pembacaan & dikumpulkan disini dan berharap agar mendapat sedikit sebanyak panduan kerana kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes yang melibatkan masalah ini yang merunsingkan pemilik-pemilik arnab yang kehilangan arnab mereka.Selamat Membaca dan Selamat Mencuba...

Punca Punca

Seperti yang sering dikatakan peka kepada masalah arnab dan berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

1. Arnab muda

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

2. Diet & Pemakanan

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbohidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.

3. Pemberian Ubat Ubatan

Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.

4. Stress

Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.

5. Jangkitan

Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.

Sintom Sintom

  1. Najis yang lebik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
  2. Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
  3. tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
  4. pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
  5. arnab hilang upaya dan lemah
  6. jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

Mengelakan dari berlaku;

Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat mudah;

  1. Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
  2. Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
  3. Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
  4. Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
  5. Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
  6. Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
  7. Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

Apa Perlu Dilakukan;

  1. Gunakan Vitamin Bengy sebanyak 0.5ml dan disuapkan terus kedalam mulut arnab anda.
  2. Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
  3. Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
  4. Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih selalu. Bersihkan bahagian punggung yang terkena najis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
  5. Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
  6. Bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat anda boleh memcuba bancuhan ORS menyuapnya mengunakan Syringe.
  7. Berikan ORS kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
  8. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.

Vitamin for Rabbit

Vitamin for Rabbit
Membantu mengimbangi keperluan vitamin, mengelakkan diarrhea (cirit) dan sesuai untuk perut arnab. Hanya RM 5 sebotol (120ml)

Penjagaan Asas Arnab

PEMAKANAN

Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hay- rumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa limit. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah ‘HairBall’. Bagaimanapun tambahan pelet dalam pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini.

Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai makanan tambahan sahaja dan tidal diberikan secara khas. Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutama sekiranya mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana pun pengurangan memberi pelet haruslah diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.

HAY

Rumput kering atau hay (Timothy, Alfalfa, Panggola,dan Oat) seharusnya seharusnya diberikan tanpa had kepada arnab. Bagi anak arnab yang lahir sehingga berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty, Panggola) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.

Rumput Alfalfa

Rumput Alfalfa… bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan

Rumput Timothy

Rumput Timothy… untuk arnab dewasa.

SAYURAN SEGAR

Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut. Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pellet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit. Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama 10 minit. Ini bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk arnab.

Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan arnab kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa kepada kematian.

Sayur sayuran yang boleh diberi;

celeryromaine-lettucecarrotbok-choy52a213d6f11d63debrocoli

PERINGATAN!!!

Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.

iceberg-lettuce

Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di “Suggested Vegetable”

PELLET

Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.

Pilih pelet yang baik kualitinya, kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan.Kami menggunakan pellet ini :-

Pellet Arnab

Pellet Arnab
GOLD COIN, pellet yang berkualiti untuk arnab kesayangan anda. Hanya RM3 per kilo. Membantu proses pertumbuhan bulu arnab dan memenuhi keperluan nutrisi makanannya. Maklumat lanjut, 012-5350740


MEMILIH SANGKAR

Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran

Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab.

Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sore hocks”. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.

Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.

Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih praktikal tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.

Kemasan Bulu/ Grooming

Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk mengemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan sangat , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.

Menyikat atau memberus

Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.

Jika ada memelihara baka Angora,Teddy Bear,@baka berbulu tebal & panjang rutin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.

Adalah digalakan melakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.

Membuang Gumpalan Bulu

Sekiranya arnab anda mempunyai gumpalan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnya, kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kulit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agar tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut.

Adakah arnab perlu dimandikan?

Arnab boleh juga dimandikan tetapi janganlah terlalu kerap dan tindakan semasa memandikan arnab perlulah dilakukan dengan berhati-² supaya arnab ini tidak merasa terancam dan takut.Jangan merendam arnab kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika anda tidak berani ataupun was-was untuk memandikan arnab dengan cara yang betul,anda boleh juga kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor ataupun menggunakan spray shampoo kemudia lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Harus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Hair Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnye lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.

Rabbit Spray Shampoo

Rabbit Spray Shampoo
Hanya spray dan lap, ia menanggalkan setiap kotoran asing dari arnab anda dan mengharumkan bulunya. Mudah dan selamat untuk digunakan. Hanya RM 10 sebotol (150ml).

MEMOTONG KUKU

Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.

Sunday, 23 January 2011

Sepetang D'Tasek DarulAman..

Sepetang D'Tasek DarulAman...aktiviti ini mmg kami lakukan setiap minggu hari Jumaat&Sabtu petang sekitar jam 5.30ptg.Aktiviti ini juga disertai dengan penjaga-² arnab lain di sekitar Jitra & Alor Setar antaranya dari pihak Abg Mat Tmn Mahsuri, Kak Ct Tmn Mahsuri,K.Ita (MegaGemilang Landskap)K.Batas,Are Pit Taman Nuri A.Setar, Noor Azamimah Tmn Rasa Sayang dan rakan-² yg lain.Kami juga ada menjalankan urusan jual beli arnab juga disitu mengikut permintaan dan juga stok yg ada untuk dijual yang berkonsepkan Lepas,Main & Beli.Selain urusan jual beli aktiviti seperti ini juga dilakukan untuk:-

1. memperkenalkan jenis-² arnab kepada pengunjung-²
2. bertukar-² pendapat mengenai kesihatan arnab
3. merapatkan sillaturrahim antara penjaga-² arnab
4. memberi kanak-² serta org ramai bermain-² serta memotretkan gambar bersama arnab.
5. menjual makanan serta ubat-ubatan lain kepada pemilik-² arnab

Kami TIDAK MEMBUKA gerai jualan.Jadi kpd pengunjung-² Tasek DarulAman tersebut untuk mengenali kami mudah shj. kami akan berada di tanah lapang berdekatan dgn bulatan di tasek tersebut dan kami melepaskan arnab-² kami di situ untuk bermain jd pengunjung-² boleh bermain dan jika ada yg berminat pengunjung boleh membelinya terus jika arnab-² tersebut hndak dijual.

Berikut adalah gambar-² yg sempat diambil....


pencinta haiwan


kasih sayang dari kanak-²

arnab yang telah dibeli

arnab yg telah dibeli

keriangan pemilik arnab

tarikan minat kanak-²

peminat cilik

pemilik-² arnab

bertukar-² pendapat pemilik arnab

pencinta haiwan dewasa.

sekian dulu buat kali ini...bye

KePuLaNgaN LuLu...


Lulu ini adalah arnab yg ke-4 kami beli drpd seorg kawan utk dijadikan teman kepada si Ciko sebab sama jenis dgn si Ciko juga kan.Tp sehingga kini Lulu belum lg menerima zuriat drpd si Ciko mungkin belum smpai rezeki lg kot tggu saja la...
1minggu yg lepas si Lulu ini telah melarikan diri dr penjagaan kami slps di lepaskan dipdg belakang rumah semasa proses membersihkan sangkar-² mereka,puas juga la kami mencari siLulu nie smpai putus asa dh kami rasa.Tetapi ptg semalam dia tlh pon ditemui semula ddgn keadaan yg berdebu dan berbau seperti tayar kereta,kredit too Noor Khairul Izani(mummy)krn dialah yg menjumpai siLulu nie..

Friday, 14 January 2011

MODEL SAMBILAN...

Gambar-gambar ini diambli pada 18 Julai 2009 di Tasek DarulAman Jitra Kedah,oleh sorg brader photografer pro yg aku pon xkenal sbenarnya tp dh org nk ambil gmbar apa salahnya kan.Tp lpas tgk gmbar2 yg dia ambil guna kamera DSLR masa tue aku terus teruja utk mendptkan juga kamera jenis yg mcm tue..hihihihi...TQ la abg tosha.Oklah harap semua dpt lah layan gmbr-2 nie ya..

IPIN..tggal kenangan


Kiki..


Ciko & Ipin


Ipin


Meo sedang bersantai

Meo


Keriangan kanak-kanak

Ciko

Meo

Meo...