Sunday, 20 December 2015

Peniaga Melayu..

As Salam..

kali nie aku nk meluahkan perasaan aku terhadap peniaga2 melayu samada yg berniaga di restoran besaq,sederhana,kecil ataupon tepi jalan..nie termasukla diri aku sendiri yg juga sbgai peniaga..bkn nk kondem sapa2 aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku sendiri ke restoran2 yg aku p..

1st skali kebykkan peniaga melayu kita nie  menggunakan konsep modai kecik untung besaq dan cepat kalau bleh tue hari nie kluaq modai esok dpt untung 2x ganda..lusa xdk org p dh kdai depa.xmcm puak cina modai kecik untung kecik tp kekal lama..satu lg yg aku dok perhatikan org melayu nie pyah sungguh kalau ada org melayu lain nk bersaing dgn depa..cukup marah..siap bergaduh2 xmaw tiru org cina berniaga lgsg..

Puak2 cina nie bknnya p ngaji tggi pon ada stgh tue ngaji pon xabis tp depa nie mewarisi perniagaan keluarga dan pelajaran yg depa dpt tue bkn scara formal..tp depa nie berani tnggung risiko..even kalau berniaga sebelah2 jual brgan yg sama pon depa xbergaduh pon siap tlg2 lg..kalau org melayu kita nie ka xda nk mula berniaga lg baru dgr nk buka kdai sblah siap2 berparang bersantau bagai dh..

Peniaga melayu tlglah bgn jgn dok tidoq lg..jgn kata kita nie tuan di negara sendiri kita lalai..Org asing ( bangla,indon,myanmar,vietnam dll ) mai dok M'sia nie 2 3 thn depa dh kumpul beribu2 silap2 juta2 d dr hasil di negara kita nie..org melayu dok tidoq lg..mgkin org lain xnmpak lg keadaan yg dok jd slama nie tp bg aku xmgkin la org melayu xnmpak depa nie nmpak tp masih berasa selesa dgn keadaan semasa..sebb kerajaan byk dok tlg.

Kebykkan Restoran yg aku p nie idea dan konsep depa bt dh mmg terbaik dh mmg aku bleh bg 5 bintang la..tp syg konsep dan idea depa tue tak disertakan dgn ilmu dan kajian. Maksud aku ilmu dan kajian tue bknnya perlu belajaq tinggi bt kajian PHD tue..tp cukup la blajaq ilmu perniagaan baca buku, surf internet tak pon tgk la rancangan2 pasai perniagaan restoran byk kot di ASTROK tue..langgan la kluaq la duit skit nk dpt ilmu..

Aku rasa sedih dgn bangsa aku sendiri bila berniaga nie tp siapalah aku nk p bercakap dgn depa nie kalau la aku nie perunding profesional tue lain la kan..nie stakat kerani cabok dan peniaga char kuey toew tp jln ja pon..kalau tegoq pon bknnya ada yg nk dgr siap semboq kita nie blk ada la..Adoiyai kita tegoq utk pebetoi depa dok kata kita nie nk menjatuhkan bisness depa..

Aku xmaw la nk p lg pnjg cukup dulu smpai kat sini nnt mgkin aku akan sambung ke part 2 plak kot..tp aku harap kalau ada sapa yg baca post aku nie bleh la pkiaq tgk apa aku kata nie btoi ka dak..kalau bg hgpa xbtoi bgtaw kat aku kalau hgpa rasa apa yg aku kata nie btoi tlg2 la pebtoi2 kan hat mana yg silap tue.



Thursday, 10 December 2015

Kereta Malaysia VS Kereta Luar

Assalamualaikum..

Rata-rata rakyat Malaysia la nie mmg mampu la nk beli kreta..tp apa yg aku nk bncgkan kat sini bknlah pasal mampu or tak mampu nk beli kreta tue..terpulang pada individu tue la nk beli kreta mcm mana pon..Ok la stg jd merapu pjg plak muqaddimah aku nie..

Kreta nie mmg satu keperluan la bg setiap keluarga mmg bg aku satu benda yg wajib ada la xkira la kreta tue besaq ka kecik baru ka beli 2nd hand ka xkisah tp tetap kena ada..Rakyat Malaysia la nie lekeh2 pon wlaupun baru mula kerja Axia tue mmg sng2 la nk beli..Even student la nie pon pkai kreta nk p class, aku guna VIVA ja student plak pkai Peugeot 308 kot mai parking sebelah aku nie..gileee la pak dia kreja apa tue aku xtaw la..

Ok la nie pandangan aku la kan..bg aku kalau org tanya kreta impian yg nk sgt aku guna nie mmg byk la tp xsampai la aku nk sebut Ferrari, Lambogini segala bgai tue sbb kreta tue bkn dlm lingkungan segmentasi aku nie..kalau kata BMW, Merc, Chevo, Ford, tue ok la kan walaupn agak jauh juga tp xla mustahil sgt kan..lani utk short term target tue Honda, Vios, Wish, Nissan, Chevo, Ford tue xla nmpak jauh dh cumanya......

Aku pernah tanya dkt sorg lecture kat tmpt aku nie yg dh dpt Dr. juga la bukan kata dia xmampu nk guna kereta luaq nie tp semua kereta dia keluaran tempatan iaitu PROTON..dia ada Iswara, BLM, Savvy, Prive dan juga Iriz..skrg nie dia let go Savvy dgn Iswara aku heran juga pasai pa dia nie setia sgt dgn kereta Proton n sbb apa dia xmaw guna kreta luaq..aku pncing juga dia nie cintakan buatan Malaysia saja ka xpon dia nie xdk ka dream car dia? jawapan dia tue mudah ja..

Bkn dia xmaw kreta luaq nie cuma dia kata drpd dia beli 1biji ja kreta luaq biaq dia amek kreta Malaysia nie dia bleh beli 2biji(btoi juga apa yg dia kata tue) pastu  plak dia kata pkai kereta PROTON nie mudah spare part kena byk ada xpyah nk tggu order lama2 mcm kereta luaq..tp bila di fikirkan blk part nie nk kata btoi pon aku 50-50 la sbb bg aku la nie brg2 spare part nie mudah ja dpt cuma bezanya mahai or murah n satu lg mmg kena tggu order juga la..tp kalau Perodua or Proton nie mmg xpayah la nk tggu order ka apa kan..

Kalau tnya aku plak bt masa nie kreta idaman kalau sedan aku pilih Honda City @ Toyota Vios, Pickup aku pilih Hilux @ ford Ranger, MPV aku pilih Starex @ Proton Exora...tue pilihan aku yg nk la tp kalau kata pilihan lain pon nk ubah hanya dkt kereta Sedan tue ja la kot aku akan ubah ke BLM @ Prive la bt masa nie hanya yg tue ja la kot..Pick Up dgn MPV tue mmg aku dh tetapkan bt masa nie yg tue ja dulu.

ok la aku stop dulu nnt aku smbung lain sbb ada kerja lain nk kena bt lg pon idea nk tulis nie xbrapa nk mai la plak...

Sunday, 6 December 2015

Sistem Pengangkutan Di Malaysia



1.0         LATAR BELAKANG ISU

Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia juga berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan serta membolehkan pergerakan manusia.Sektor pengangkutan kini merupakan satu prasarana yang penting dalam meningkatkan ekonomi dan perkembangan Malaysia di peringkat global. Walaupun dengan status sebuah negara yang maju dan setiap keluarga di Malaysia ini mempunyai kenderaan sendiri tetapi penggunaan kenderaan awam terutamanya di bandar-bandar besar dan pesat seperti di Kuala Lumpur,Selangor,Pulau Pinang dan Johor Bahru masih lagi kebanyakkan orang awam yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Berikutan itu juga, setiap tahun terdapat pelbagai reaksi dan aduan ketidakpuasan hati mereka terhadap pihak yang bertanggungjawab keatas pengurusan perkhidmatan pengangkutan awam ini.
            Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan.

            Selain itu, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, selain faktor pemandu dan kenderaan, faktor jalan raya juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan maut.(Sinar Harian, 26 Ogos 2010) 

2.0         DEFINISI ISU

Seperti yang dinyatakan maksud pengangkutan dalam latar belakang isu diatas, pengakutan ini juga boleh dikataka sebagai satu aktiviti asas manusia. Sistem pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh system jaringan jalan dan pengangkutan dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam sesebuah kawasan. Bidang pengangkutan memainkan peranan penting dalam menyelaras segala program pembangunan sesebuah negara. Sektor pengangkutan bukan sahaja merupakan penawaran perkhidmatan yang produktif dan berpotensi, tetapi juga menawarkan kemudahan mod pengangkutan yang pelbagai jenis dan bentuk bersesuaian dengan kehendak kemajuan ekonomi negara dan keselesaan rakyat.

            Perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah kompleks melalui pelbagai fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung meningkatkan keperluan dan juga permintaan terhadap pelbagai jenis kenderaan, dan secara tidak langsung juga menambah lagi bilangan kenderaan di atas jalanraya setiap tahun.

3.0         PERSOALAN MASALAH DAN ISU.

v    Apakah punca yang menyebabkan berlakunya masalah pengangkutan  yang terdapat di Malaysia.
v    Apakah yang perlu dipertambahbaikan dalam sistem pengurusan pengangkutan di Malaysia.
v    Apakah kesan terhadap alam sekitar negara jika masalah pengangkutan ini berterusan.
v    Apakah fungsi utama pengangkutan.
v    Apakah jenis-jenis pengangkutan.

4.0       OBJEKTIF ISU YANG DIPERBINCANGKAN
           
v    Melihat sejauh mana masalah pengangkutan yang terjadi di Malaysia terutamanya bagi kawasan yang padat penduduk.
v    Cadangan dalam penambahbaikan system pengangkutan di Malaysia.
v    Melihat masalah yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam di Malaysia.
v    Melihat cara pengurusan pengangkutan awam di Malaysia

5.0         FUNGSI PENGANGKUTAN

Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum mencapai pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu kawasan makin membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin meningkat. Selain fungsi ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi sosial untuk menghubungkan sesama manusia sama ada ahli keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem pengangkutan yang lebih baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat di mana majikan boleh menawarkan gaji yang lumayan tetapi pada masa yang sama memilih untuk tinggal di kawasan pilihan mereka. Pengangkutan juga membolehkan manusia menggunakan masa santainya dengan cara terbaik.
Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat kepada satu tempat yang lain. Antaranya untuk menghubungkan pengguna ke tempat bekerja, pusat perkhidmatan, sekolah dan institut pengajian, tempat membeli belah dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan yang pelbagai, adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat memilih mod pengangkutan yang lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik. Pengangkutan juga dilihat sebagai pemangkin yang mampu melonjakkan pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan pembangunan masyarakat seluruhnya.

Pengangkutan berfungsi sebagai faktor integrasi dan koordinasi dalam masyarakat yang kompleks terutamanya dalam masyarakat perusahaan. Pengangkutan berkait rapat dengan pergerakan barangan. Tanpa sistem pengangkutan, sesuatu masyarakat itu tidak dapat berkembang maju dan menerima perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan sebagainya. Pengangkutan juga mempunyai fungsi yang berkaitan dengan pertambahan penduduk, perkembangan bandar dan guna tanah. Pengangkutan boleh mengubah bentuk perkembangan bandar. Pada masa dahulu, pertambahan penduduk hanya tertumpu pada kawasan yang mempunyai sosioekonomi tertentu tetapi dengan perkembangan pengangkutan, perkembangan bandar mengikut perkembangan pengangkutan.

5.1       Jenis-jenis Pengangkutan

Pengangkutan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan dengan mod atau ragam pengangkutan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan darat, pengangkutan laut, pengangkutan udara, pengangkutan rel dan pengangkutan paip.



5.1.1    Pengangkutan Darat
Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta dan juga motosikal, pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan juga kereta sewa, serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler.

Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau bagaimanapun, kenderaan persendirian hanya mampu menampung 4 hingga 5 orang penumpang untuk kereta ataupun, 6-8 orang untuk kenderaan serba guna (MPV). Sementara pengangkutan awam memberi faedah dari segi kemurahan tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga kemudahan mendapatkan perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan darat mengikut jenis.

5.1.2    Pengangkutan Rel

Pada mulanya, kereta api ditarik oleh kuda sehinggalah awal abad ke-19 di mana enjin wap digunakan. Kereta api di Malaysia pada permulaannya digunakan bagi mengangkat bijih timah. Perkhidmatan ini bermula pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld. Pada 1920-an, kereta api mula menggunakan diesel sehinggalah sekarang kereta api menggunakan tenaga elektrik. Pada 1970-an kebanyakan negara telah menggantikan kereta api wap untuk kegunaan harian. Kereta api terdiri daripada beberapa kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu. Landasan kereta api biasanya terdiri daripada rel konvensional.




5.1.3    Pengangkutan Udara

Pengangkutan udara mempunyai kelebihan perkhidmatan dari segi kelajuan dan keselesaan kepada penumpang. Pengangkutan jenis ini biasanya digunakan untuk perjalanan jarak jauh. Pengangkutan ini juga boleh dibahagikan kepada perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan. Antara syarikat perkhidmatan udara di Malaysia adalah Malaysia Airline System (MAS) dan juga Air Asia.

5.1.4    Pengangkutan Maritim

Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut juga telah bertambah pesat. Hai ini terbukti dengan penggunaan pelabuhan dan kemudahan maritim bertaraf dunia di Malaysia. Terdapat beberapa pelabuhan yang terkenal untuk kapal perdagangan seperti pelabuhan Tanjung Pelepas. Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya digunakan untuk menghubungkan kawasan tanah besar ke pulau-pulau di sekeliling.

5.1.5     Pengangkutan Paip

Sejarah merekodkan seawal 900 sebelum Masihi dimana negara China telah menggunakan buluh untuk membina talian paip untuk menyalurkan gas asli.talian paip ketika itu diperbuat daripada kayu berongga untuk meyalurkan gas aslibagi tujuan cahaya. Peningkatan dalam permintaan produk telah membawa kepada lebih banyak sumber galian atau telaga minyak untuk keperluan yang lebih besar.






6.0         ISU DAN MASALAH PENGANGKUTAN DI MALAYSIA.

Pelbagai isu utama yang timbul dan menjadi kekangan dalam mencapai kualiti hidup yang baik terutamanya di bandar-bandar besar dan pesat di Malaysia ini. Pertambahan penduduk bukan sahaja memerlukan pertambahan peluang pekerjaan, permintaan terhadap perumahan dan kemudahan sosial tetapi juga ia akan menambahkan bilangan kenderaan diatas jalanraya. Perubahan demografi ini akan meningkatkan lagi permintaan terhadap pengangkutan bagi memudahkan pergerakan, dengan ini akan menyebabkan berlakunya percemaran udara.

            Masalah ini bukan sahaja melibatkan mod pengangkutan yang terdapat diatas jalanraya tetapi juga turut melibatkan struktur dan keadaan jalanraya  yang merbahaya seperti jalanraya yang tidak rata, pecah dan berlopak, kurangnya kemudahan lampu isyarat dan seterusnya kesesakan lalu lintas yang boleh memberi kesan kepada fizikal dan psikologi manusia. Keadaan seperti ini menyebabkan masyarakat yang tinggal di bandar merasa tidak selesa, terkejar-kejar, letih kerana setiap hari mereka akan menghadapi dan terpaksa menempuh kerumitan ini untuk ke tempat kerja dan juga pelbagai urusan penting lain kerana tidak mempunyai pilihan lain.

            Selain itu juga, kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di bandar – bandar besar tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna. Misalnya jadual perjalanan yang tidak konsisten, bilangan penumpang yang terlalu ramai yang menimbulkan kesesakan, kekerapan perjalanan yang kadang kala terlalu lama, kemudahan penyaman udara yang tidak diselenggara dan pelbagai lagi isu lain yang di utarakan. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan pengguna terpaksa juga menggunakan perkhimatan awam ini kera tidak mahu terlibab dan kesesakan lalu lintas yang lama dan meletihkan.




7.0       MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA  
  
Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai.

Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau “fider bus” di kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi “indah khabar dari rupa”.

Masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara.

8.0       KESESAKAN LALU LINTAS DAN PENYELESAIAN.

Isu kesesakan lalu lintas di kawasan bandar merupakan satu fenomena dan isu yang global dan keadaan ini telah menyebabkan berlakunya gangguan dan implikasi terhadap persekitaran manusia dan persekitaran fizikal serta psikologi pengguna lalu lintas itu sendiri. Masalah kesesakan lalu lintas sering dianggap sebagai virus kepada perkembangan bandar. Walaupun diketahui umum bahawa kesesakan lalu lintas ini memberikan implikasi terhadap pengguna lalu lintas itu sendiri, namun mereka kelihatan lali dalam menghadapi situasi kesesakan lalu lintas saban hari bagi meneruskan kehidupan dan rutin harian mereka kerana kebanyakan daripada penduduk bekerja di kawasan bandar. Kesesakan akan berlaku secara teruk dan kompleks dan menjadi meruncing pada waktu puncak iaitu pada pukul 7.00 hingga 9.00 pagi dan pada pukul 4.30 hingga 7.00 malam pada waktu bekerja dan pada musim-musim tertentu terutama semasa cuti perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Pada masa tersebut, penduduk di kawasan bandar akan pulang ke kampung dan dapat dilihat jalan raya pada waktu tersebut sangat sibuk. Dengan adanya pengalaman dan pemerhatian diri sendiri, dapat membuktikan dengan sendiri mengenai fenomena tersebut dengan melihat pada waktu yang sama dalam cuti umum seperti pada hari ahad dan waktu cuti persekolahan. Pada waktu cuti, iaitu pada jam yang sama semasa waktu puncak pada hari bekerja, dapat dilihat keadaan di jalan raya adalah lengang, kurang kenderaan dan tidak sesak seperti hari bekerja iaitu pada hari isnin hingga jumaat ataupun hingga sabtu.
Kesesakan lalu lintas merupakan satu fenomena yang normal jika dikaitkan dengan pengangkutan terutamanya di kawasan bandar. Kesesakan merupakan antara permasalahan yang melibatkan jalan raya. Kebiasaannya, kesesakan terjadi di jaringan pengangkutan daratan yang melibatkan jalan raya.

Perkataan kesesakan merupakan perkataan terbitan dan berasal daripada perkataan sesak. Sesak mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007) bermaksud tidak lapang iaitu tidak lega, tidak longgar atau sempit, terlalu penuh sehingga tidak ada ruang lagi, tumpat yang merujuk kepada penumpang di dalam kenderaan, tersumbat ataupun tersekat perjalanan nafas, sendat, senak ataupun susah. Lalu bermaksud berjalan ataupun melintas, boleh masuk, telus atau lulus atau yang sudah lepas. Lintas pula bermaksud lalu dengan cepat dan bahagian dari jalan kereta api iaitu dari satu tempat ke tempat yang lain. Kesesakan lalu lintas boleh dirumuskan sebagai keadaan yang sesak, sempit dan tersekat dalam perjalanan di tempat yang selalu boleh jalan dengan cepat dan pantas.

Laporan Managing Urban Traffic Congestion (2007) menyatakan bahawa kesesakan lalu lintas merujuk kepada fenomena fizikal yang berkaitan dengan perilaku atau keadaan kenderaan yang menghalang pergerakan antara satu sama lain dengan tujuan untuk mendapatkan ruang yang terhad di jalan raya yang mencapai kapasiti yang maksimum. Kesesakan juga merujuk kepada fenomena relative berhubung dengan jangkaan prestasi perkhidmatan system jalan raya vis-a-sis (berjaringan).
Kesesakan juga ialah ketidakupayaan untuk bergerak (immobility). Kesesakan merupakan fenomena dimana barisan panjang kenderaan yang bergerak secara perlahan-lahan atau berhenti di lebuhraya Bandar, lebuhraya pinggir Bandar ataupun jalan-jalan di Bandar. Kesesakan boleh berlaku setiap hari pada waktu yang sama pada lokasi yang tertentu yakni disebut sebagai kesesakan berulang-ulang atau semasa berlaku kemalangan jalan raya atau terdapatnya sebarang penyelenggaraan iaitu kesesakan tidak berulang. Kebiasaannya, kesesakan berlaku apabila system jalan raya tidak dapat menampung isipadu trafik pada kelajuan yang memadai, terdapatnya konflik di antara pelbagai jenis trafik seperti kereta, trak, bas atau pejalan kaki dan kawalan trafik yang tidak digunakan dengan cekap. Penumpuan jalan, penurunan kapasiti secara tiba-tiba, pergerakan yang tersekat atau peningkatan geseran turut mendorong kepada peningkatan kesesakan lalu lintas (Rahim F.(Ray), 1997).

Selain itu, menurut Daniel Mohamed (1993), kesesakan berlaku disebabkan oleh barisan kenderaan menjadi panjang di sepanjang perjalanan dan kenderaan tidak dapat bergerak dengan lancer disebabkan halangan tertentu. Antara bentuk-bentuk halangan yang wujud ialah persimpangan dan lampu isyarat yang mempengaruhi kelengahan, kemalangan jalan raya, banjir kilat dan juga penyelenggaraan jalan raya.
Menurut Bruton (1982), kesesakan lalu lintas boleh menimbulkan ketidakselesaan dan masalah emosi (marah, runsing dan tekanan fikiran) yang boleh mengganggu penumpuan pemandu di jalan raya dan seterusnya menyebabkan kejadian kemalangan. Kepadatan pergerakan kenderaan boleh juga menyebabkan berkumpulnya bahan pencemaran daripada ekzos kenderaan dalam ruang bandaraya. Kepadatan pergerakan kenderaan berlaku apabila orang ramai mempunyai destinasi yang sama. Masalah kebolehsampaian kenderaan ialah kerana pertambahan pergerakan kenderaan yang tidak lancer dan kelemahan infrastruktur jalan raya. Selain itu, kurangnya laluan trafik yang sistematik yang menimbulkan konflik antara pejalan kaki dengan kenderaan bermotor dan antara kenderaan dengan kenderaan sendiri.

Pada masa kini, masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi masalah yang sering menghantui pengguna jalan raya di Malaysia.  Pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan namun usaha tersebut ibarat mencurahkan air ke daun keladi kerana formula untuk menyelesaikannya masih menemui jalan buntu.  Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?  Wajarkah masyarakat menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata?  Seharusnya semua pihak perlu menyedari bahawa kesesakan jalan raya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak selama ini.

      Salah satu punca kesesakan jalan raya ialah keadaan jalan raya itu sendiri.  Kebanyakan jalan raya di negara ini sempit terutamanya jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri.  Keadaan ini menyebabkan jalan raya tidak dapat menampung kenderaan yang banyak pada satu-satu masa terutamanya pada musim perayaan.  Selain itu, aktiviti peyelenggaraan jalan raya turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya.  Kerja-kerja membaik pulih jalan raya yang rosak menyebabkan laluan kenderaan menjadi sempit sehingga kenderaan yang melalui kawasan tersebut terpaksa bergerak dengan perlahan-lahan.  Sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak dipantau oleh pihak berkuasa dengan sebaiknya akan menyebabkan para pekerja akan bekerja seperti melepaskan batok di tangga.  Keadaan ini mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan memakan masa yang agak panjang hingga akhirnya masalah kesesakan jalan raya tidak dapat diselesaikan dengan segera.

      Di samping itu, pertumbuhan industri automobil yang pesat turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya.  Di Malaysia, pertumbuhan industri ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain dalam bidang pengeluaran kenderaan.  Tambahan pula, harga kereta buatan Malaysia yang ditawarkan amat berpatutan dan berkualiti tinggi menjadikan rakyat Malaysia alah membeli, menang memakai.  Antara kereta buatan Malaysia yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran ialah Perodua Kancil, Myvi, Viva, dan Proton Wira.  Pertumbuhan industri automobil yang pesat dengan harga yang berpatutan menyebabkan rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk membeli kenderaan buata Malaysia.  Hal ini mengakibatkan bilangan kenderaan semakin bertambah di jalan raya sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas.

      Kelembapan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga merupakan faktor yang membawa kepada kesesakan jalan raya.   Kebanyakan pengusaha pengangkutan awam tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna.  Contohnya, bas tidak mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan orang ramai terlewat sampai ke destinasi yang ditujui.  Lebih mendukacitakan lagi, terdapat juga segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak mengikut peraturan jalan raya seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan memotong di garisan berkembar.  Sikap seumpama ini akan mengundang padah kepada pelanggannya bak kata pepatah, "Lain yang makan nangka, lain pula yang terkena getahnya".  Selain itu, pengguna juga terpaksa berhimpit-himpit apabila menggunakan pengangkutan awam serta tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.  Hal ini menyebabkan pengguna berasa bimbang akan keselamatan mereka dan berasa tidak selesa semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.  Dengan itu, pengguna akan berasa lebih selamat dan selesa apabila mengggunakan kenderaan sendiri sehingga menyumbang kepada kesesakan jalan raya.
Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.  Jika satu pihak sahaja yang bertindak tidak akan mendatangkan hasil kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.  Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing perlulah diamalkan oleh semua pihak agar perkara yang sukar akan menjadi mudah.
Langkah-langkah Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas
·                     Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju sama. Dapat jimat tenaga dan wang – perbelanjaan dikongsi bersama
·                     Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas seperti mengikut papan tanda isyarat jalan raya, mematuhi had laju yang telah ditetapkan dan mematuhi lampu isyarat.
·                     Setiap pengguna jalan raya perlu berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersabar dan bertolak ansur.
·                     Menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan LRT. Perkhidmatan awam di Malaysia sudah berkembang - efisyen. Darjah ketersampaian tinggi - tidak sukar untuk ke tempat yang ingin dituju.
·                     Menggunakan jalan atau laluan alternatif seperti lebuh raya.
·                     Rancang perjalanan. Bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pada waktu puncak.
·                     Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya memastikan jalan-jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak berturap dibaiki segera – jalan-jalan yang sempit dilebarkan agar dapat menampung lebih banyak kenderaan - melicinkan perjalanan trafik.
Berdasarkan laporan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, hanya 20 peratus penduduk Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam.
Situasi ini secara tidak langsung menyumbang kepada penambahan jumlah kereta di jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selain pencemaran.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pelbagai langkah diambil kerajaan bagi mengurangkan tahap kesesakan lalu lintas, terutama di Kuala Lumpur, antaranya menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. "Kerajaan sudah mengambil inisiatif memperbaiki dan memperkasa sistem pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan bandar. Diharap usaha ini akan memberi lebih kebaikan kepada pengguna," katanya kepada Metro Ahad.
Berikut beberapa langkah yang diambil: * Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya. Di bawah sistem ini beberapa inisiatif diambil, misalnya meningkatkan kapasiti komuter dan sistem transit aliran ringan (LRT) sebanyak 1.7 hingga empat kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu), penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya, di samping ruang khas bagi penumpang berkerusi roda dilengkapi tali pinggang keselamatan, serta lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya (OKU) serta tingkap kecemasan, pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TPBBTS) selain laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang yang akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat * Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam. Antara diperkenalkan adalah konsep '1 tiket 1 perjalanan', menambah 6,800 tempat letak kereta baru di 14 stesen rel utama di luar kawasan pinggir bandar menjelang 2012, meningkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta terminal yang mempunyai bilangan trafik tinggi, selain menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh di samping pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) * Menghalang kenderaan berat memasuki kawasan perniagaan pusat. Bagi melaksanakan misi ini tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama luar bandar diwujudkan, bermula di ITT Bandar Tasik Selatan. Manakala di kawasan bandar akan diwujudkan dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu bagi memudahkan aliran lalu lintas dari kawasan pinggir bandar ke pusat bandar * Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan. Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25 peratus dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam ditambah baik, masa perjalanan akan ditepati, keselesaan dipertingkat dan inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.
"Kita sedar bukan mudah mahu melaksanakannya dalam sekelip mata. Banyak aspek perlu diperbaiki dalam memperkasa pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan bandar. Penekanan khusus sudah dan akan diambil di bawah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar. Kini, dianggarkan 240,000 atau 10 hingga 12 peratus individu daripada jumlah populasi penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam," kata Solah.
Beliau berkata, kerajaan menjangka seramai 600,000 atau 25 peratus penduduk sekitar Lembah Klang akan menggunakan perkhidmatan awam itu menjelang penghujung 2012.
"Bagi merealisasikan usaha ini, kerajaan akan meningkatkan tahap pengangkutan awam, meningkatkan tahap keselesaan pengguna, menambah jumlah perjalanan, meningkatkan kapasiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat perniagaan (CBD).
"Di samping itu, langkah seperti penambahbaikan dan pembinaan lebuh raya serta jalan bertingkat di kawasan mempunyai aliran trafik tinggi dan langkah lain turut dibuat dari semasa ke semasa," katanya.Solah berkata, masalah kesesakan lalu lintas adalah senario biasa dihadapi seluruh dunia.
Berbanding negara Asia lain, katanya, situasi di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan disebabkan kesesakan hanya berlaku pada waktu puncak iaitu 7 hingga 9 pagi.
Kesesakan itu antara lain berpunca daripada jumlah kenderaan yang tidak terkawal di ibu kota.
Menurutnya, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 9,441, 907 motosikal serta 9,114, 920 kenderaan persendirian di seluruh negara berdaftar dengan JPJ.
"Bagi kenderaan perkhidmatan awam pula, sebanyak 69,149 bas, 84,661 teksi dan 18,300 kereta sewa pandu sendiri didaftarkan. Bilangan kenderaan barangan pula sebanyak 966,177 dan kenderaan lain 493, 451.
"Jumlah keseluruhan hingga tarikh sama adalah 20,188,565 kenderaan yang berdaftar dengan JPJ seluruh negara, manakala laporan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula menyatakan kira-kira tiga juta kenderaan keluar masuk setiap hari di Kuala Lumpur," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika situasi ini berlarutan, ia akan memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan rakyat sama ada daripada segi ekonomi sosial mahupun pembangunan negara.
"Ia akan memberi kesan, misalnya peningkatan penggunaan minyak kenderaan, selain produktiviti individu di tempat kerja mungkin terjejas kesan kelesuan menempuh kesesakan sewaktu pergi dan balik kerja setiap hari.
"Daripada segi sosial pula, individu hanya mempunyai masa terhad di rumah dan beriadah disebabkan banyak masa dihabiskan di jalan raya. Atas sebab ini, inisiatif seperti NKRA Pengangkutan Bandar diberi perhatian, malah langkah jangka panjang dibuat bagi mengatasi masalah ini dan ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang pada masa sama memastikan modul insan negara ini dapat digunakan sepenuhnya untuk pembangunan negara," katanya. (SUMBER: HARIAN METRO, 22 MEI 2011)


 9.0      SISTEM PENGANGKUTAN SEBAGAI FAKTOR PEMBANGUNAN SESEBUAH KAWASAN

Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara. Dari awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai pusat pengumpul, pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan serta menjadi pusat pengedaran hasil pengeluaran ke kawasan-kawasan lain atau di peringkat tempatan.

Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar merebak keluar ke kawasan-kawasan di sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan, pejabat-pejabat pentadbiran, pasar raya dan kawasan kediaman yang memerlukan kawasan yang lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar lain di pinggir bandar atau di sepanjang jalan pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti bandar satelit, bandar baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb perindustrian ringan yang merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks seperti yang dialami pada masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di kalangan sebahagian penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat minimum disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.

Bandar-bandar di Malaysia kini sedang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta jalinan rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan dan proses perbandaran yang tidak terkawal serta keadaan sistem perbandaran yang tidak tersusun pada peringkat awalnya telah menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan isu pengangkutan di kebanyakan bandar utama dewasa ini. Pembangunan yang pesat bererti keluasan kawasan bandar menjadi bertambah ‘sempit’. Ditambah pula dengan sebahagian daripada kawasan pusat bandar yang kebanyakannya dijadikan kawasan kediaman, terutama di rumah-rumah kedai dua tingkat yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua dengan dihubungi oleh lorong-lorong sempit telah menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak dan padat.

Bagi setengah kawasan yang lain pula terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan kediaman dan perniagaan di pusat-pusat bandar. Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah sebelum perang yang berdekatan dengan laluan lorong-lorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja untuk melebarkan jalan raya tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada persendirian, awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalu lintas bukan saja di pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang sudah pun melebihi had isi padunya terutama pada waktu-waktu kemuncak.

Kepesatan perkembangan bidang pengangkutan di Malaysia adalah hasil daripada pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi yang berterusan. Pembangunan rangkaian pengangkutan jalan raya merupakan salah satu faktor penting dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk kepentingan program pembangunan ekonomi negara. Kepesatan proses pembandaran menyebabkan timbulnya pelbagai masalah secara langsung atau tidak langsung. Pertumbuhan pesat bandar metropolitan seperti Johor telah menyebabkan bandar-bandar kecil mengalami kemerosotan kadar pertumbuhan dan fungsi. Perpindahan penduduk keluar boleh melebarkan lagi jurang pembangunan sosial dan ekonomi antar bandar-bandar kecil dengan bandar-bandar besar. Pembinaan lebuh raya dan sistem pengangkutan antara bandar-bandar utama dan wujudnya jalan pengangkutan yang cekap di luar bandar telah memudahkan lagi pergerakan masyarakat dan barangan.[3]

Kini, Malaysia mengamalkan sistem pengangkutan jalan raya yang lebih moden dan berteknologi tinggi di bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia’ melalui pengawasan Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Justeru itu proses perbandaran di Malaysia semakin pesat membangun yang bertindak sebagai penggerak ekonomi negara. Antara yang utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur- Barat, Johor-Karak, Johor- Air Hitam, Lebuh Raya Pan-Borneo dan Lebuh Raya Pantai Barat, Johor. Kesemua rangkaian lebuh raya yang siap dan sedang dalam pembinaan merupakan penghubung utama dengan semua rangkaian jalan raya dan bandar-bandar sedia ada di seluruh negara. Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia menghubungi kawasan utara dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam ke Johor Johor di selatan melalui bandar-bandar utama bermula dari Alor Setar, Butterworh, Ipoh, Johor, Seremban dan Johor Johor. Bagi rangkaian Lebuh Raya Timur-Barat pula menghubungi Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan menghubungi Grik, Perak dan Jeli di Johor. Manakala Lebuh Raya Gua Musang pula menghubungi Kota Johor, Gua Musang, Bentong dan Johor. Di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Jerangau-Jabor menghubungi Kuala Johor, Kuantan, Bentong dan Johor atau terus melalui Lebuh Raya Segamat dari Kuantan, Segamat dan Johor. Di Sarawak, Lebuh Raya Pan-Borneo menghubungi Bandaraya Kuching, Sibu dan Miri.

Dengan ini pada keseluruhannya rangkaian lebuh raya di Malaysia mempunyai pengaruh dan pertalian dengan bandar-bandar yang sedang meningkat proses pembandarannya. Antaranya termasuk bandar Jitra, Sungai Petani, Taiping, Kuala Kangsar, Kota Tinggi dan Segamat, Johor. Proses ini dijangka berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan bandar-bandar kecil di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang.
Oleh yang demikian, sistem pengangkutan dapatlah dianggap sebagai satu daripada faktor pendorong yang utama di dalam pembangunan, terutama kepada negara yang sedang membangun. Pengangkutan berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu tempat dengan satu tempat yang lain dan ini membolehkan pergerakan manusia. Pembinaan jalan-jalan dan kemudahan sistem pengangkutan di dalam dan di luar bandar memberi jalan masuk kepada sesuatu kawasan dan seterusnya memudahkan pengaliran pengaruh terhadap pembangunan dan unsur-unsur pemodenan. Manusia atau masyarakat lazimnya mempunyai ciri-ciri sosioekonomi tertentu. Masyarakat juga dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut status ekonomi dan ini dapat diukur berdasarkan jenis pekerjaan dan garis pendapatan. Faktor-faktor ini akan mencerminkan kawasan penempatan, kepadatan penduduk dan jenis sistem pengangkutan yang diperlukan.

Hal ini menunjukkan jalan-jalan utama melalui pusat-pusat penempatan dan kemudahan pengangkutan awam yang cekap amat diperlukan. Jika pengangkutan di sesuatu kawasan itu baik, murah, tepat pada waktunya, senang didapati dan terletak di lokasi yang strategik, hal ini akan mewujudkan permintaan yang berlebihan. Sesuatu lokasi yang strategik dikaitkan dengan kegiatan tumpuan seperti pusat pelancongan atau pusat membeli-belah. Jika permintaan melepasi peringkat optimum, kesesakan akan wujud dan ini akan merendahkan nilai lokasi kepada pengguna atau masyarakat sedia ada. Kesesakan lokasi sukar diukur dan ini biasanya berlaku di pusat-pusat bandar, di tempat-tempat peranginan, atau di sesebuah kawasan yang menarik. Oleh itu, perancangan pengangkutan hendaklah dikait rapat dengan perancangan guna tanah.

Dengan itu, tiap-tiap aktiviti di dalam bandar merupakan elemen-elemen yang mempunyai fungsi tersendiri. Di antara elemen-elemen penting ialah temp[at tinggal, tempat bekerja atau belajar, tempat membeli-belah dan tempat beristirahat. Tiap-tiap elemen tersebut saling berkaitan dan memerlukan suatu sistem pengangkutan. Di samping itu, kehendak masyarakat juga selalu berubah mengikut peredaran zaman. Perkembangan bandar telah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan permintaan perumahan dan memperbanyakkan pejabat.[4]

Situasi ini akan meletakkan suatu kawasan atau bandar itu di peringkat optimum, di mana tahap kesesakan amat ketara. Pada kebiasaannya, perkembangan bandar akan meluas ke kawasan pinggir bandar  dan hal ini memerlukan suatu sistem perhubungan yang baru dan menjadi faktor kepada pembukaan sesebuah bandar baru.

9.1       Pembangunan dan Pengangkutan di Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia terletak di dalam Negeri Johor, kawasan paling pesat membangun di selatan Semenanjung Malaysia di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan bergabung untuk membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju. Wilayah Pembangunan Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong. Kawasan di dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Johor dan sebahagian daripada Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup (Mukim Ayer Masin).

Antara kesan positif yang dapat dilihat melalui pembangunan koridor ialah sistem jalan raya yang semakin bersistematik. Dapat dilihat perbezaan pada waktu kini dan dahulu adalah amat berbeza dari segi sistem pengurusan infrastrukturnya. Sistem pengangkutan yang semakin baik ini adalah salah satu cara berkesan dalam menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan terpencil dapat dimajukan apabila jaringan jalan raya diperbaiki.

Dalam hal ini, sesebuah pembangunan yang dilaksanakan misalnya di Wilayah Pembangunan Iskandar sememangnya berkait rapat dengan kepentingan sistem pengangkutan. Pengangkutan berfungsi sebagai kenderaan untuk memindahkan bahan-bahan pembinaan di wilayah tersebut serta menghubungkan masyarakat dengan kawasan tersebut. Iskandar Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang meluas. Selain itu, beberapa rangkaian jalan utama telah pun dicadangkan seperti Eastern Dispersal Link (EDL), Johor Bahru Coastal Road dan Johor Baru Middle Ring Road. Tambahan pelaksanaan program menaik taraf dan membaik pulih jalan raya yang relevan dan penting telah dicadangkan untuk membanyakkan jalan raya di mana kegiatan ekonomi akan meningkat di kawasan tersebut. Lebuh raya utama juga sedang dinaik taraf untuk melancarkan aliran trafik daripada kawasan yang sesak serta menyediakan laluan penghubung untuk menerajui pembangunan kawasan tersebut.[5]

10.0    Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara

Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara .

Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara dengan lapangan terbangnya manakala sistem pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden , pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua kerana tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan pembangunan negara ; Mengapa tidak? Kerana sistem pengangkutan awam adalah nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan pembangunan negara .

Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap pembangunan negara . Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik dan moden supaya berupaya menjana pembangunan negara . Melalui sistem pengangkutan awan yang sistematik juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi pulangan kepada pendapatan negara .Sebab itulah negara sanggup berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa keuntungkan kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus membantu kepada pembangunan negara .

Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam yang canggih lagi sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara – Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya. Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti sudah tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di mana – mana, kepayahan untuk berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian lebuh raya , malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter, LRT, monorel turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Pembinaan-pembinaan sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah meneroka pembukaan tanah-tanah terbiar, tanah-tanah di pedalaman sekaligus kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip mata menjadi kawasan lubuk emas. Harga tanah naik melambung, dahulunya pekan atau perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus, dahulunya tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan penduduk di merata pelusuk negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem pengangkutan awam yang sistematik maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan negara .
       Tidak dapat dinafikan, sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik pastinya negara tidak dapat membangun dengan baik. Cuba mengimbau kembali sistem pengangkutan awam lama, pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang sistematik, pembinaannya asal buat sahaja tanpa memikirkan kesan alam sekitar, kesan jangka panjang, hanya mengira kesesuaian dan keperluan semasa tanpa mengambil kira impaknya di masa hadapan. Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat dan tidak membawa kepada pembangunan yang menyeluruh. Ini sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir negara yang perlu tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana pembangunan negara. Sekiranya negara dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik lagi efisen, secara tidak langsung ia telah menjana pembangunan negara yang lebih teratur, berkembang dan berdaya maju. Penyediaan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, lori, kereta api, teksi, kapal terbang, kapal laut, feri dan seumpamanya tetapi perlu dilihat dalam penyediaan perhubungan infrastrukturnya juga perlu sistematik maka baru boleh dilihat dapat menjana pembangunan negara.

        Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya, lebuh raya, stesen kereta api, landasan kereta api, lapangan kapal terbang dan landasannya, pelabuhan -pelabuhan dan dermaganya. Semua ini memerlukan kawasan-kawasan lama diperbesarkan, kawasan-kawasan baru diterokai, sistem lama sedia ada dipermodenkan, kawasan padat dialihkan ke penempatan baru. Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara secara besar-besaran. Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik, pembangunan negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada, impak masa hadapan negara lebih terjamin, tidak berisiko tinggi, sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .

       Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna, memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri-ciri perkhidmatan selamat, dapat mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta, juga mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik. Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul. Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana pembangunan negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat, sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk melabur dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk membangunkan negara. Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan, pengeluaran produk industri tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan sektor industri dalam negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara.

         Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok negara dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja. Mereka ini adalah penjana kepada pembangunan negara. Sekiranya negara tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sudah pasti mejejaskan pergerakan mereka ke tempat kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti mereka bermakna keberhasilan negara turut merosot, maka pembangunan negara juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem pengangkutan awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada pembangunan negara. Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem pengangkutan awam, ini bermakna tiada pembangunan yang dilakukan. Berapa banyak prasarana ini yang telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep, bercirikan moden, canggih, termaju dan bertaraf dunia. Semuanya ini adalah merupakan pembangunan negara melalui sistem pengangkutan awam. Kalau tanpa memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam yang sistematik maka pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak membangun.

        Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan pembangunan negara. Maka dapat kita lihat negara – negara di seluruh dunia berlumba – lumba menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik. Ini bermakna pembangunan sistem penganguktan awam yang sistematik merupakan satu faktor penting yang dapat menjana pembangunan negara. Negara akan turut bertambah maju sekiranya sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik. Kita lihat di sesebuah negara yang sistem pengangkutan awamnya kucar – kacir lagi kelam – kabut serta tidak terurus dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri.

         Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat seandainya sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan sistem pengangkutan awamnya. Ia akan memberi impak yang amat besar kepada negara. Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang, kemajuan tidak dapat dicapai, tiada pelaburan, kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat, rakyat tidak dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa untuk negara. Sistem pengangkutan awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan berkesan sebenarnya ia seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam erti kata lain tiada pembangunan dalam sistem pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan negara.

       Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip, bekalan elektrik, bekalan telekomunikasi, perumahan, ruang perniagaan, kawasan pentadbiran, kawasan reakriasi, rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada pembangunan berlaku di negara berkenaan. Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam yang sistematik, negara berupaya mengguna jentera pengangkutan awam yang moden dan canggih. Ini juga merupakan satu pembangunan kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

         Di negara – negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya kerana mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana pembangunan negara. Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju , sistem kereta api bawah tanah, kapal terbang supersonik dan berjentera jet, kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi. Semua ini mereka bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran dapat menjana pembangunan negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus berlumba – lumba untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari negara – negara pesaing mereka. Negara – negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan awamnya bersistematik dan bertaraf dunia, mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini negara tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan yang sejahtera.

       Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem pengangkutan awam yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan pembangunan negara kerana pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan awam yang sistematik ini lebih bersepadu dan menyeluruh. Dalam hendak menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini melibat banyak penyumbangnya secara global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan dan tapak, arkiteknya, juruteranya, jurubinanya, para konsultannya, ahli koporat, para pemaju, usahawan – usahawan, tenaga buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem pengangkutan awam yang sitematik ini.

         Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana pembangunan negara. Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik. Justeru itu untuk terus maju dan membangun sudah semestinya negara mampu memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik.

11.0    KESAN PENGANGKUTAN DAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Alam sekitar boleh dirujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada suatu titik ruang dan masa.[6] Pencemaran alam sekitar telah bermula sejak wujudnya revolusi perindustrian lagi. Dalam kita mengejar kemajuan dan meningkatkan taraf hidup, kegiatan ekonomi dan pembangunan yang pesat tidak dapat dielakkan atau dihalang bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Pencemaran yang disebabkan oleh kegiatan manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti pelepasan gas-gas beracun oleh kilang-kilang ke ruang udara, pembuangan sisa kumbahan, asap dari kenderaan, pemusnahan dan pembakaran hutan serta aktiviti yang berkaitan dengan pengaruh manusia. Hal ini secara tidak langsung adalah kesan daripada kepesatan pembangunan dan kemajuan sistem pengangkutan di negara kita.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan pembangunan yang berkembang dengan pesat di negara kita. Impak pembangunan terhadap alam sekitar pada masa ini semakin meningkat, walaupun terdapat pelbagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasinya dan bertambahnya peraturan dan garis panduan yang digubal bagi melawannya.[7]
Sistem jalan raya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90 peratus hingga 95 peratus kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walau bagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.

11.1       Pencemaran Udara

Pencemaran udara adalah salah satu kesan sampingan daripada sistem pengangkutan iaitu kenderaan bermotor.[8] Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motosikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

11.2       Pencemaran Bunyi

Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu. Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat. 

11.3       Perubahan Landskap

Pembinaan sistem pengangkutan boleh mengubah landskap fizikal sesuatu kawasan. Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya. Projek memotong dan menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun. Seterusnya apabila berlaku hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan menyebabkan berlakunya tanah runtuh


 12.0    LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Penjagaan alam sekitar adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah besar yang akan timbul kemudian hari. Jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, hal ini boleh memberi masalah kepada masyarakat dan hidupan lain. Oleh itu, langkah pencegahan dan pengawalan telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjamin kualiti udara di Malaysia. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan penggunaan klorofluorokarbon (CFC) dan melalui perundangan dan penguatkuasaan.[9]
           
Dalam usaha mengawal pencemaran di Malaysia, kerajaan telah membuat beberapa peraturan dan kaedah. Dalam konteks pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan bermotor, peraturan-peraturan yang ditetapkan boleh didapati dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978, Kaedah-kaedah Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan gas), 1977. Selain itu, pencemaran udara juga boleh dikawal dengan menggunakan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996.

Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor di tengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar di samping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.


 13.0    KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan yang semakin meningkat banyak memberi kesan kepada masyarakat dan alam sekitar, sama ada kesan negatif mahupun kesan positif. Pembangunan sesebuah bandar bertujuan membawa transformasi yang lebih bermakna dan diharapkan agar negara dapat mengharungi arus globalisasi yang kian mencabar dari semasa ke semasa.

Kepesatan bandar telah membawa kepada perkembangan sistem pengangkutan yang selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin meningkat. Kawasan-kawasan yang dibangunkan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan memberi faedah antara satu sama lain. Kawasan-kawasan yang dicantumkan sehingga wujudnya wilayah, mempunyai fungsi tertentu yang membolehkan pergantungan berlaku antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan mempunyai hubungan rapat dengan kawasan yang terdapat banyak peluang pekerjaan, yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem pengangkutan dan pembangunan sesebuah kawasan merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam sistem sosial masyarakat khususnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam menikmati kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan, kesan-kesan di sebaliknya perlu dikawal dan seharusnya langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar.



 Bibliografi


Azura Sarbini. (2011). Kajian pengaruh jumlah kenderaan terhadap pencemaran udara di Jalan Skudai (Master thesis). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Detwyler, T. R. & Marcus, M. G. (1985). Pembandaran dan persekitran geografi fizikal bandar (Trans. by Sulung Muhamad) (pp. 106). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Wahab. (1988). Pengangkutan dan struktur bandar. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi. (1996). Impak pembangunan terhadap alam sekitar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khairani Alladin @ Jalaludin. (1993). Pengangkutan darat: Kesannya terhadap alam sekitar: Kajian kes di Kuala Lumpur. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Razali Agus & Fashbir Noor Sidin. (2000). Perbandaran dan perancangan persekitaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohmadisa Hashim & Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah. (2005). Pembangunan dan alam sekitar di Malaysia. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mustakim Melan, et al. (2012). BPMG 3013: Pengenalan pengangkutan dan logistik. Sintok: PACE UUM.