Monday, 24 January 2011

Penjagaan Asas Arnab

PEMAKANAN

Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hay- rumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa limit. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah ‘HairBall’. Bagaimanapun tambahan pelet dalam pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini.

Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai makanan tambahan sahaja dan tidal diberikan secara khas. Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutama sekiranya mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana pun pengurangan memberi pelet haruslah diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.

HAY

Rumput kering atau hay (Timothy, Alfalfa, Panggola,dan Oat) seharusnya seharusnya diberikan tanpa had kepada arnab. Bagi anak arnab yang lahir sehingga berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty, Panggola) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.

Rumput Alfalfa

Rumput Alfalfa… bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan

Rumput Timothy

Rumput Timothy… untuk arnab dewasa.

SAYURAN SEGAR

Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut. Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pellet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit. Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama 10 minit. Ini bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk arnab.

Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan arnab kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa kepada kematian.

Sayur sayuran yang boleh diberi;

celeryromaine-lettucecarrotbok-choy52a213d6f11d63debrocoli

PERINGATAN!!!

Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.

iceberg-lettuce

Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik di “Suggested Vegetable”

PELLET

Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.

Pilih pelet yang baik kualitinya, kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan.Kami menggunakan pellet ini :-

Pellet Arnab

Pellet Arnab
GOLD COIN, pellet yang berkualiti untuk arnab kesayangan anda. Hanya RM3 per kilo. Membantu proses pertumbuhan bulu arnab dan memenuhi keperluan nutrisi makanannya. Maklumat lanjut, 012-5350740


MEMILIH SANGKAR

Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran

Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab.

Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sore hocks”. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.

Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.

Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih praktikal tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.

Kemasan Bulu/ Grooming

Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk mengemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan sangat , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.

Menyikat atau memberus

Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.

Jika ada memelihara baka Angora,Teddy Bear,@baka berbulu tebal & panjang rutin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.

Adalah digalakan melakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.

Membuang Gumpalan Bulu

Sekiranya arnab anda mempunyai gumpalan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnya, kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kulit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agar tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut.

Adakah arnab perlu dimandikan?

Arnab boleh juga dimandikan tetapi janganlah terlalu kerap dan tindakan semasa memandikan arnab perlulah dilakukan dengan berhati-² supaya arnab ini tidak merasa terancam dan takut.Jangan merendam arnab kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika anda tidak berani ataupun was-was untuk memandikan arnab dengan cara yang betul,anda boleh juga kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor ataupun menggunakan spray shampoo kemudia lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Harus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Hair Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnye lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.

Rabbit Spray Shampoo

Rabbit Spray Shampoo
Hanya spray dan lap, ia menanggalkan setiap kotoran asing dari arnab anda dan mengharumkan bulunya. Mudah dan selamat untuk digunakan. Hanya RM 10 sebotol (150ml).

MEMOTONG KUKU

Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.

No comments:

Post a Comment