Monday, 24 January 2011

CIRIT BIRIT

CIRIT BIRIT

Baiklah tajuk yang dimulakan hari ini adalah bagi memfokuskan sesuatu yang kerap dan sering ditanyakan kepada NZ. Harus diingat NZ bukan pakar veterinar, tetapi apa yang ditulis berdasarkan pengalaman NZ , rakan rakan NZ dan juga rujukan pembacaan & dikumpulkan disini dan berharap agar mendapat sedikit sebanyak panduan kerana kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes yang melibatkan masalah ini yang merunsingkan pemilik-pemilik arnab yang kehilangan arnab mereka.Selamat Membaca dan Selamat Mencuba...

Punca Punca

Seperti yang sering dikatakan peka kepada masalah arnab dan berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

1. Arnab muda

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

2. Diet & Pemakanan

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbohidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.

3. Pemberian Ubat Ubatan

Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.

4. Stress

Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.

5. Jangkitan

Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.

Sintom Sintom

  1. Najis yang lebik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
  2. Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
  3. tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
  4. pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
  5. arnab hilang upaya dan lemah
  6. jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

Mengelakan dari berlaku;

Secara ringkas bagi mengelakan cirit birit berlaku amat mudah;

  1. Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
  2. Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
  3. Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
  4. Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
  5. Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
  6. Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
  7. Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

Apa Perlu Dilakukan;

  1. Gunakan Vitamin Bengy sebanyak 0.5ml dan disuapkan terus kedalam mulut arnab anda.
  2. Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
  3. Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
  4. Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih selalu. Bersihkan bahagian punggung yang terkena najis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
  5. Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
  6. Bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat anda boleh memcuba bancuhan ORS menyuapnya mengunakan Syringe.
  7. Berikan ORS kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
  8. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.

Vitamin for Rabbit

Vitamin for Rabbit
Membantu mengimbangi keperluan vitamin, mengelakkan diarrhea (cirit) dan sesuai untuk perut arnab. Hanya RM 5 sebotol (120ml)

No comments:

Post a Comment